in , , ,

Akhirnya, Fasha Sandha & Aidil Aziz Sah Diijabkabulkan pada 30 Mac 2019

Tahniah buat Fasha Sandha dan Aidil Aziz di atas ikatan pernikahan yang kini sah menjadi suami isteri. Akhirnya, teka teki tarikh sebenar pasangan ini disatukan telah pun terjawab. Mereka turut memilih 30 Mac sebagai hari bahagia mereka.

Dengan sekali lafaz, pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha akhirnya sah menjadi pasangan suami isteri setelah kedua-duanya diijabkabulkan dalam satu majlis akad nikah pada jam 9.15 pagi tadi.

Dalam majlis yang berlangsung di Perlis itu, kelihatan majlis berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pasangan pengantin dan juga kenalan rapat selebriti ini.

“Alhamdulillah, tepat jam 9.15 pagi bintang kesayangan kami @fashasandha selamat diijabkabulkan bersama pasangannya @istadilaziz dengan sekali lafaz sebentar tadi. Alhamdulillah,”

– Murshid pengurus Fasha Sandha (Mind Order)
Fasha Sandha & Aidil Aziz Sah

Majlis resepsi di sebelah keluarga lelaki dikatakan bakal berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan, bulan depan.

Fasha Aidil Nikah

Pada majlis itu, Aidil Aziz menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada Fasha manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Menerusi entri di Instagram (IG), Fasha telah berkongsi gambar majlis akad nikah yang berlangsung di kampung halaman aktres terbabit di Perlis.

Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah atas perkahwiannnya.

Fasha Aidil Nikah

Fasha dan Aidil, 30, bertunang pada 18 November tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan yang pertama buat Aidil Aziz, manakala kali kedua buat Fasha yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga.

Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli pada tahun 2012, namun kedua-duanya berpisah empat tahun kemudian.

Sepanjang perkahwinan, Fasha dan Rizal telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 5, dan Putri Raysha Jemaima. 

Fasha Aidil Nikah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri CINTA NON GRATA Lakonan Amelia Henderson

Anak Pelakon Normah Damanhuri, Ahya Rosli Selamat Nikah dengan Shahirah Sanusi