in , , ,

Anak Pelakon Normah Damanhuri, Ahya Rosli Selamat Nikah dengan Shahirah Sanusi

Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru buat pelakon dan juga model kacak yang juga anak kepada pelakon veteren Normah Damanhuri yang telah menjadi suami kepada wanita pilihannya, Shahirah Sanusi. Semoga bahagia selamanya Ahya & isteri ya.

Yeay! Akhirnya, pelakon dan model Ahya Rosli selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya Shahirah Sanusi dalam sebuah majlis yang berlangsung di Bukit Kiara Equestrian pada petang Jumaat, tanggal 29 Mac 2019 yang lalu. Wah! Tak update kat Instagram pun kata nak nikah. Ini kahwin senyap-senyap ke kejutan untuk peminat ke apa ni?

Ahya Rosli  Selamat Nikah Dengan Shahirah Sanusi

Perkara itu disahkan oleh ibunya yang juga pelakon veteran Normah Damanhuri.

“Alhamdulillah… Ya betul, Ahya sudah selamat menjadi suami,”

– Normah Damanhuri

Pada majlis akad nikah itu, Ahya atau Ahya Ulumuddin Rosli, 32, menyerahkan mas kahwin berupa seutas gelang emas dan sebentuk cincin kepada Shahirah, 27 tahun.

Ahya Rusli

Manakala Ahya turut memberikan wang hantaran sebanyak RM30,000 kepada pengantin perempuan.

Ahya Rosli  Selamat Nikah Dengan Shahirah Sanusi

Pasangan tersebut turut melangsungkan majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah malam.

Sementara itu, Normah menerusi laman sosial Instagram miliknya meninggalkan catatan memberi kata-kata nasihat kepada anaknya itu selepas bergelar suami.

“Pesan mama, sayangilah isteri, dia bahagia dan anak mama akan berasa seperti di syurga Allah.

“Mama sentiasa doakan agar pernikahan ini diberkati kekal bahagia di dunia dan akhirat,”

– Normah Damanhuri

Pasangan itu terdahulu mengikat tali pertunangan pada November tahun lalu selepas setahun berkenalan.

Semoga hubungan kekal aman bahagia selamanya.

Ahya Rosli  Selamat Nikah Dengan Shahirah Sanusi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fasha Sandha Nikah | 19

Akhirnya, Fasha Sandha & Aidil Aziz Sah Diijabkabulkan pada 30 Mac 2019

Bunkface Tak Kecewa Album POP Kurang Sambutan