in

Akademi Fantasia 2014 Guna Formula Asal

Program Akademi Fantasia (AF) musim terbaharu bakal kembali dengan format asal seperti mana ia mula diterbitkan pada 2003. Pengurus saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, biarpun menggunakan konsep asal namun pengisian program tersebut akan diperkenalkan dengan nafas yang lebih segar bersesuaian dengan peredaran zaman. Pengumuman ini dibuat semasa majlis penghargaan artis dibawah naungan Astro di Hotel Le Meridien yang berlangsung semalam.

“Sepanjang penerbitan AF pelbagai eks perimen dan pembaharuan juga telah pun diperkenalkan dari musim ke musim demi mengenal pasti format dan strategi paling efektif bagi menambah baik program ini. Sehubungan dengan itu, kami membuatkan keputusan untuk menyuntik semula format asal yang terbukti berjaya meletakkan jenama AF di fenomena tersendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Raqim berkata, keputusan itu juga dibuat berdasarkan penerbitan musim-musim terdahulu dan mendapati rakyat Malaysia sebati dengan elemen emosi, drama dan air mata yang cuma dapat dirasai menerusi AF.

“Kami berharap format asal dapat mengembalikan semula zaman kegemilangan AF yang menjadi aset serta testimoni utama,” jelasnya.

Sementara itu, Raqim berkata, pihak produksi akan mengadakan uji bakat di empat buah lokasi di seluruh Malaysia iaitu Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun).

Pihak Astro juga turut mengadakan sesi uji bakat untuk laluan pantas secara dalam talian dengan peserta memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Elak-elakkan daripada menghadiri ujibakat rancangan realiti nyanyian AF11! Tonton bola Piala Dunia 2014 di Brazil lagi bagus.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Astro Arena Lancar Majalah Digital Sukan

Airasia Receives Visit From The Minister Of Home Affairs At KLIA2