in ,

Cara Untuk Dapatkan Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES Percuma

HBO ASIA Berkerjasama Dengan The Coffee Bean And Tea Leaf® Di Malaysia Untuk Tayangan Musim Terakhir Game Of Thrones.

Berikutan dengan keterujaan tanpa henti untuk musim terakhir GAME OF THRONES yang dinanti-nantikan, buat pertama kali, HBO Asia bekerjasama dengan The Coffee Bean and Tea Leaf® memperkenalkan Espresso Cream Latte yang eksklusif, diinspirasikan dari GAME OF THRONES menampilkan seni rekaan latte Viserion di cawangan Mid Valley di Malaysia.

Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES

Bagi meraikan musim kelapan dan terakhir siri TV hit ini, 1,600 kopi latte percuma* bertema GAME OF THRONES akan diberikan secara percuma di The Coffee Bean and Tea Leaf®, Mid Valley Megamall (Unit G-047, East Atrium, Tingkat Concourse) selama lapan (8) hari bulan ini – dari 13 hingga 15, 19 hingga 21 dan 27 hingga 28 April, berserta premium edisi terhad GAME OF THRONES.

Untuk menebusnya, lihat pos mingguan Instagram The Coffee Bean and Tea Leaf Malaysia di @coffeebeanmy. 

Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES akan diberikan secara percuma di cawangan The GAME OF THRONES The Coffee Bean & Tea Leaf®, Mid Valley untuk waktu terhad saja!

Semasa mengambil minuman mereka, peminat boleh menyaksikan sendiri perhiasan GAME OF THRONES dan melihat karya seni khas dari siri tersebut di cawangan The Coffee Bean and Tea Leaf® di Mid Valley semasa kempen berlangsung dari 11 hingga 30 April.

Selain itu, mereka boleh merakam gambar paling kreatif seni latte naga Viserion dan/atau pengalaman GAME OF THRONES di cawagan The Coffee Bean & Tea Leaf®, Mid Valley, kongsikan di laman sosial dan berpeluang memenangi premium eksklusif GAME OF THRONES, dan hadiah menarik dari The Coffee Bean & Tea Leaf®**. Untuk maklumat lanjut, layari Instagram The Coffee Bean and Tea Leaf®. 

Musim kelapan dan terakhir GAME OF THRONES akan mula ditayangkan di Asia pada masa yang sama dengan tayangan di U.S iaitu pada hari Isnin, 15 April pukul 9 pagi, dengan siaran ulangan pada hari yang sama, pukul 10 malam, secara eksklusif di HBO (Saluran Astro 411 / 431). Siri ini juga turut tersedia di HBO On Demand. Episod baru akan ditayangkan setiap hari Isnin waktu yang sama.

Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES

Diadaptasi dari siri buku popular “A Song of Ice and Fire,” oleh George R.R. Martin, siri fantasi yang pernah memenangi anugerah Emmy® ini berlatarkan pejuangan dan keperitan epik merebut kuasa dalam kerajaan yang besar dan ganas.

Barisan pelakon dari musim ketujuh membuat kemunculan termasuk pemenang Emmy® dan Golden Globe, Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey, Emilia Clarke, Aidan Gillen, Kit Harington, Sophie Turner dan Maisie Williams. Kredit musim ketujuh, David Benioff, D.B. Weiss, Carolyn Strauss, Frank Doelger, Bernadette Caulfield; penerbit bersekutu Bryan Cogman, Guymon Casady, Vince Gerardis, George R.R. Martin. 

* 200 cawan akan diberikan setiap hari, tersedia untuk siapa yang hadir dahulu, sementara stok masih ada. 

** Penyertaan peraduan foto wajib meletakan hashtags #HBOAsia #ForTheThrone dan #GameOfThronesxCBTL dan saksikan: “Tonton GAME THRONES di HBO setiap Isnin, 9 pagi dan 10 malam.”

Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES
Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES
Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES
Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES
Kopi Espresso Cream Latte bertemakan GAME OF THRONES

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tuntutan Bersemuka Tidak Dilayan, Fizz Fairuz Nekad Buat Laporan Polis

Ajak Shiro Lancar Single Terbaharu YANG MANO Tampil Menari Bersama Anak