in , ,

Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi ‘YANG MANO’

Baru sahaja menamatkan tugas sebagai penyampai radio awal tahun lalu, pelawak dan pengacara terkenal Ajak Shiro terus mengatur langkah baru dalam arena muzik.

Selepas tampil dengan single pertama  ‘Ging Gang Guli’ kira-kira setahun yang lalu, kini Juara Maharajalawak Mega 2019 ini tampil dengan single kedua yang berjudul ‘Yang Mano’.

‘Yang Mano’ dicipta oleh gabungan  komposer dan rapper terkenal Altimet bersama komposer berbakat besar Ezra Kong. Lagu ini mengisahkan tentang pesanan seorang bapa kepada anak lelakinya dalam memilih pasangan hidup dimana bapanya berpesan supaya memilih calon seperti ibunya dan rentaknya berunsur catchy yang boleh diterima semua lapisan masyarakat.

Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi 'YANG MANO'

Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ membawa konsep ‘catchy’ dan menyelitkan unsur komedi selari dengan Ajak. Ajak menampilkan diri sebagai Baba (seorang bapa) yang sesuai dengan isi kandungan video muzik rasmi ini.

Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi 'YANG MANO'

Video muzik rasmi ‘Yang Mano’ boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia pada jam 8 Malam ini manakala single ‘Yang Mano’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 12 April 2019 yang lepas.

Pautan untuk single ‘Yang Mano’: https://wmm.lnk.to/ajak

Pautan untuk video muzik rasmi ‘Yang Mano’ : https://youtu.be/KsboGjc5wI0

Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi 'YANG MANO'
Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi 'YANG MANO'

Mengenai Ajak

Ajak merupakan artis komedi, pelakon, hos, penyanyi dan rapper. Ajak merangkul gelaran Juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 dan Ajak adalah bekas penyampai radio HOT FM. Ajak juga merupakan pengacara yang telah mengacarakan acara-acara berprestij seperti ABPBH dan juga DFKL. Ajak kini mengacarakan program TV iaitu Melodi. Melakonkan watak di dalam Keluarga Iskandar The Movie yang akan ditayangkan September ini, Ajak juga berlakon di dalam filem-filem di Malaysia. 

‘Yang Mano’ merupakan single ketiga nya yang dicipta oleh seorang rapper, penulis lagu, dan produser yang banyak memenangi anugerah iaitu Altimet dan Ezra Kong yang merangkul Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32) menerusi lagu Jampi bersama dengan Hael Husaini.

Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi 'YANG MANO'
Ajak Menampilkan Kedua Anaknya Dalam Video Muzik Rasmi 'YANG MANO'

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Strange Happenings Sighted At Netflix’s First Screening In Malaysia

AirAsia Perkenal Hidangan Dalam Penerbangan (RED)