in , , ,

Petisyen Singkir Ajai Sebagai Juri Big Stage Sebab Kedekut Markah

Gara-gara komen dan kritikan pedas yang diberikan oleh Ajai dalam konsert minggu pertama Big Stage 2020, komposer terkenal ini teruk dikecam sehingga namannya menjadi trending di media sosial.

Dalam konsert minggu pertama Big Stage 2020, Ajai telah memberikan markah sebanyak 2% dari 100% markah kepada bintang Hafiz Zainal kerana mendakwa dia telah menyanyikan lagu Fly Me To The Moon dengan nada sumbang. Malah kalau nak diikutkan, Ajai menegaskan sepatutnya Hafiz Zainal layak mendapat markah kosong. Menurut Ajai, dia melihat perkara itu lebih kepada pekak nada dan ia memberi masalah yang besar kepada seseorang penyanyi. 

Difahamkan, Ajai juga membuat perbandingan yang agak melampau kerana mendakwa lebih baik Hafiz pengsan daripada meneruskan nyanyiannnya.

HAFIZ ZAINAL
Hafiz Zainal

Menurut Ajai, beliau sekadar tampil profesional dan jujur dengan kerja yang dilakukan.

“Saya taknak hipokrit, because kerja saya di sini people hired me to tell apa yang mereka kurang dan apa yang boleh diperbetulkan.

So anggaplah perkara ini sebagai satu perkara yang positif untuk individu tersebut meningkatkan prestasi,”

– Ajai

Dek kerana itu, rata-rata pengguna media sosial dan juga peminat meluahkan rasa tidak puas hati mereka kerana beranggapan komen yang diberikan oleh Ajai agak melampau dan tidak menjaga sensitiviti para peserta.

Malah terdapat sebuah petisyan telah diwujudkan oleh warganet yang mahukan pihak Big Stage dan Astro selaku penganjur untuk menyingkirkan Ajai sebagai salah seorang juri tetap Big Stage 2020.

Selain Ajai, penyanyi popular Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir turut menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap. Manakala Hael Husaini diundang menjadi juri jemputan bagi minggu pertama konsert ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem Disney’s Mulan

Abubakarxli & Fariz Jabba Tunjukkan Kesetiaan kepada KRU