in

Aizat Lancar Album Urusan Aizat Amdan

Penyanyi yang semakin meningkat naik seiring dengan kematangannya, Aizat Amdan telah memilih tarikh 7-7-2010 untuk melancarkan album terbarunya yang berjudul URUSAN AIZAT AMDAN (UA2). Bersaksikan keluarga, peminat dan media yang banyak membantu menaikkan nama beliau, Aizat begitu teruja dan rasa berterima kasih buat semua kerana album yang dihasilkan hasil jerih perit sendiri telah pun berada dalam genggaman.

Bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, majlis pelancaran album ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang VIP, pencipta lagu, kenalan artis serta komposer yang banyak memberi inspirasi dan semangat buat Aizat.

Budiey sangat suka dengan konsep album yang juga turut menjadi konsep kepada majlis pelancaran album ini. Semuanya tentang surat dan pos. Budiey rasa ianya sangat simbolik. Dari kulit album yang dipakej seperti sepucuk surat. Ianya begitu unik dan belum pernah dilakukan oleh artis lain di Malaysia.

Gimik pelancaran juga mengikut tema konsep album di mana penonton disajikan dengan video klip Aizat bertukar kerjaya menjadi pos men yang menghantar surat dengan menggunakan basikal posmen. Tapi bukan surat yang dihantar sebaliknya, Aizat telah memberikan album barunya ini kepada orang-orang yang ditemuinya. Setelah selesai klip video, Aizat muncul di di dalam dewan dengan berbasikal yang turut membawa albumnya. Kemudian diberikan kepada semua hadirin.

Selain ucapan dari bapa Aizat, semua yang hadir juga turut terhibur dengan beberapa buah lagu baru yang disampaikan dengan iringan bandnya sendiri.

Bercakap tentang album, URUSAN AIZAT AMDAN adalah album penuh CD pertama Aizat yang mana lagunya digubah, ditulis, disusun dan diterbitkan oleh Aizat di bawah labelnya sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Budiey kira, ini satu pencapaian yang boleh dikira satu kejayaan yang membanggakan buat penyanyi yang masih muda remaja ini. Usaha untuk Aizat bergerak secara independent dalam penerbitan album penuh sudah pun direalisasikan.

Dengan gabungan idea kreatif abangnya Anas, penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia 5 ini berharap semua peminat berpuas hati dengan kesemua 7 buah lagu yang mempunyai mesej tersendiri. Setiap lagu mempunyai ceritanya sendiri dan iramanya pula ada yang rancak, smooth, easy listening dan santai serta sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur pendengar.

Album ini menjadi percubaan pertama Aizat untuk meriliskan dua buah lagu Inggerisnya iaitu Years From Now dan Emotions. Usaha Aizat ini adalah untuk mahu membuktikan Aizat juga berbakat mencipta lagu Inggeris dan mahu memperkembangkan bakatnya di peringkat antarabangsa. Kata Aizat, dia teruja menunggu reaksi peminat muzik tanahari dengan percubaan pertamanya ini.

Dari segi lirik pula, album kedua ini sangat berbeza dengan album pertama iaitu Percubaan Pertama yang banyak berlandaskan unsur percintaan. Album ini lebih menekankan tentang aspek nilai diri dan mesejnya membina semangat diri. Mesej positif inilah yang mahu disampaikan oleh Aizat dalam konsep album berupa satu utusan dan urusan Aizat kepada pendengar.

Tahniah Aizat atas pelancaran album kedua ini.

Bapa Aizat menyampaikan ucapan

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Terima kasih diatas laporan dan komen positif yang diberi. Thank you for being objective during his ‘ups’ and especially semasa ‘his downs’. Reporting dan feedback yang sangat dihargai. Terima kasih.

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Konsert Glenn Fredly Live in KL Malaysia

Trivia: Jam Tangan Penyanyi Mana Ni?