Gambar Konsert Glenn Fredly Live in KL Malaysia

Glenn Fredly Live in KL Konsert Glenn Fedly oleh Syarikat Brilliant Touch Arts and Events

Syarikat Brilliant Touch Art and Events dengan bangganya membawa kepada anda konsert Glenn Fredly Live in KL pada Sabtu ini bersamaan 7 Ogos 2010. Glenn Fredly merupakan salah seorang artis yang berbakat dalam genre R&B dan soul dan cukup terkenal di arena ini. Antara lagu – lagu yang terkenal oleh Glenn Fredly adalah Kau, Cukup Sudah dan Mobil Mama. Antara album yang pernah dikeluarkan oleh Glenn Fredly adalah GLENN, KEMBALI dan Selamat Pagi Dunia. LOVELUTION merupakan album terbaru dihasilkan oleh beliau dan dilancarkan pada Febuari 2010 lepas.

Konsert ini akan menekankan persembahan oleh Glenn Fredly dan lagu-lagu popular beliau. Bersama-sama memeriahkan konsert ini adalah persembahan VELOCITY (Village of Love, Music and Creativity) oleh pelajar-pelajar HELP Universiti Kolej.

Konsert ini dijadualkan pada 7 Ogos 2010 bermula pada pukul 6 petang di KL Live @ 1st Floor, Life Centre, 20 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur ( website www.kl-life.com.my.)

Syarikat Brilliant Touch Arts and Events akan menguruskan konsert ini dengan penuh jayanya. Kami akan menjayakan konsert ini sesuatu pengalaman bersama
Glenn Fredly yang tidak akan dilupakan oleh anda. Glenn Fredly telah menjadi BrilliantTouch beliau di atas pentas.

Brilliant Touch Art And Events (001951500-W) No 34, Jalan Cempaka 17, Taman Cempaka, Taman Cempaka, 68000 Ampang, Selangor, Darul Ehsan.
seorang artist yang berinspirasi tinggi dan banyak lagu-lagu beliau telah berjaya menawan hati peminat-peminat beliau. Konsert ini akan member peluang kepada
peminat-peminat Malaysia untuk merasakan pengalaman berada dekat dengan BrilliantTouch

Syarikat Brilliant Touch Arts and Events akan menyediakan satu sesi persidangan media untuk media massa untuk bertemu secara dekat dengan Glenn Fredly pada Jumaat ini bersamaan 6 Ogos 2010 di Restoran Scrumptious. Siding media ini akan dimuatkan dengan sesi temuramah dan fotoshoot bersama Glenn Fredly.
Persidangan ini akan dibawa bersama oleh Selebritihq.com sebagai media rasmi dan Restoran Scrumptious sebagai restoran rasmi untuk majlis ini. 8TV juga akan memperomosikan konsert ini didalam slot 8TV quickie pada 5 Ogos 2010 pada pukul 11.30 malam.

Tiket untuk konsert ini boleh didapati pada harga RM65 sehingga hari persembahan konsert. Sebarang pertanyaan dan tempahan tiket boleh menghubungi Syarikat Brilliant Touch Arts and Events melalui Syd (012-2606310). Ticket juga boleh dibeli secara terus melalui Restoran Scrumptious di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur(03-2161 6116) bermula dari 4 Ogos 2010.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Di Sebalik Din Beramboi Mior Ahmad Fuad

Aizat Lancar Album Urusan Aizat Amdan