in ,

Ainan Tasneem Terima Sijil Perhargaan Oleh Dekan Universiti

Ainan Tasneem 22 tahun, penuntut Ijazah Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis (unimep) kini sedang menjalani latihan praktikal di sebuah firma industri dekat Kuala Lumpur.

Beliau baru-baru ini telah diberi sijil perhargaan oleh dekan universiti atas keputusan cemerlang peperiksaan akhir tahun 2 dgn gred 3.57 meskipun selalu “hilang” dari kampus kerana memenuhi undangan persembahan pentas pada hujung minggu. Tahniah Ainan Tasneem!

Ditanya bagaimana beliau membahagikan masa sebagai pelajar dan hobinya sebagai komposer dan penyanyi, beliau mempunyai cara yg tersendiri. Katanya ketika beliau mahu mengkaji mata pelajarannya, beliau akan menggunakan otak kiri. Manakala waktu singgangnya dgn otak kanan. Beliau akan melupakan terus hobi dlm bidang seninya itu sewaktu mengulangkaji pelajaran.

Dilahirkan pada 4 November 1992 ini, bercita-cita mahu menjadi pensyarah seperti bapanya Dr Ridzuan, berhasrat mengambil master dan seterusnya ijazah kedoktoran (phd) di England.

Namun minatnya dlm nyanyian dan mencipta lagu yg dianggapnya aktiviti masa luang masih diteruskan apabila beliau telah menyambung kontrak artisnya bersama MVM Production selama 3 tahun lagi.

Kini muncul dengan dua single terbaru iaitu i. Hanya Padamu lagu dan lirik oleh Salbiah A.Aziz, lagu rohani (ketuhanan) telah mendapat belian terbanyak dari negara asia barat melalui iTune dan ii. Malunya lagu Dj Fuzz dan Mark Adam dan lirik oleh Adeeb Nahar. Merupakan pop duet pertama Ainan Tasneem bersma Mark Adam dan rapper Juzzthin.

Ainan Tasneem

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hiasan Trending | 14

Tahniah! Liza Hot FM Kini Jadi Duta Produk Oriderm

Gambar Majlis Aqiqah Anak Ashraf Muslim