in

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Kangar

Betullah kata orang, malang memang tak berbau. Pada malam tadi, Budiey ada mendapat berita tentang penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, dilaporkan telah cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis kira-kira jam 9.30 malam tadi. Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama empat rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang. Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan.

Ainan Tasneem Cedera Dalam Kemalangan Di Kangar

[dropcap]M[/dropcap]elalui laman sosial Instagram miliknya, Ainan Tasneem melahirkan rasa bersyukur kerana telah selamat dan cedera pun taklah parah sangat. Kenalangan berlaku kerana jalan terlalu gelap disebabkan tiada lampu jalan. Ditambah lagi dengan jalan yang sangat licin dan bengkang bengkok.

“For those who keep asking me about the accident that involved me with my 4 other dear friends which was happened at 9.30 pm yesterday, so basically this is the image of it. I took it from the google image. Sebab dah keluar dekat Berita Harian and NST online punya news. Alhamdulillah tiada siapa yg cedera parah. Cuma cedera ringan, luka2 sikit dan sakit2 badan kerana impact yang terlalu kuat. Accident berlaku ketika dalam perjalanan daripada Sg Chuchuh ke Wg ulu melalui jalan Sg Batu Pahat. Jalan tu terlalu gelap, tiada lampu jalan, dan sangat lah licin. so org perlis please please please make sure bawak seslow yg mungkin dekat kawasan tu. Bahaya, jalan sgt licin dan bengkang bengkok. Senang je nak terbabas kalau terbawak laju sikit dan itulah yg terjadi kpd kami. Kwn baik sy which is the one yg drive mngalami sedikit trauma, dua kawan yg lain luka2 di muka dan tangan, dan sy dan seorang kwn lagi cuma mengalami lebam2 dan sakit2 badan yg teramat. Jgn risau tiada siapa yg cedera parah. Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Jujur, sy terharu dan hargai sgt. Cuma berikan sedikit masa kpd saya utk berehat sbelum mengasak saya dgn pelbagai soalan2 utk ditemuramah. Harap anda semua faham ya. Terima kasih di atas doa anda semua.”

Ainan Tasneem kini sedang berehat dan masih dalam keadaan trauma serta tidak mahu diganggu atau ditemuramah. Semoga kita semua berhati-hati di jalan raya.

Ainan Tasneem Lancar Mini Album Aku Suka Dia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amy Mastura Jadi Hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013

Jom Tonton Filem SEJOLI di Pawagam Mulai Hari Ini