in , ,

Konsert Tiba Masa Datuk Zainal Abidin Sempena 40 Tahun Dalam Industri Muzik

Datuk Zainal Abidin mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa beliau akan mengadakan sebuah konsert sempena meraikan ulangtahun ke 40 pembabitannya di dalam industri seni tanah air.

Datuk Zainal Abidin mengumumkan secara rasmi hari ini bahawa beliau akan mengadakan sebuah konsert sempena meraikan ulangtahun ke 40 pembabitannya di dalam industri seni tanah air. 

Konsert yang diberi nama “Tiba Masa… Zainalabidin” akan berlangsung pada 29 dan 30 September 2023 nanti di Panggung Sari, Istana Budaya. 

Konsert Tiba Masa Datuk Zainal Abidin Sempena 40 Tahun Dalam Industri Muzik

Dipersembahkan oleh BSync Live dan X-FWD Management, tiket-tiket konsert akan mula dijual pada 4 Ogos 2023 ini di www.ticket2u.com.my dengan menawarkan enam tier tiket pada harga bermula RM169 untuk tempat duduk Aras 2 sehingga RM865 untuk tempat duduk kategori Emas. 

Menurut Datuk Zainalabidin mengikut perancangan, beliau bakal mengadakan persembahan tanpa henti selama 2 jam dengan diiringi barisan pemuzik tersohor antaranya Mac Chew dan Michael Veerapen. 

Di samping itu, turut menjadi tarikan konsert “Tiba Masa” adalah kemunculan istimewa kumpulan Headwind yang bakal membuat persembahan bersama Datuk Zainalabidin dengan lagu-lagu hit mereka seperti Suraya, Pelangi, Segalanya Mungkin, dan Hanya Di Radio

Konsert Tiba Masa Datuk Zainal Abidin Sempena 40 Tahun Dalam Industri Muzik

Kali terakhir kemunculan Headwind bersama Datuk Zainalabidin dalam sebuah persembahan adalah sewaktu konsert Datuk Zainalabidin pada 5 tahun yang lalu. 

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket ke konsert “Tiba Masa Zainalabidin” boleh klik link https://goo.by/JfeRd.

Ketahui kisah-kisah di sebalik tabir sekitar persiapan Datuk Zainalabidin untuk konsert di laman media sosial Facebook dan Instagram @tibamasa.zainalabidin 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BRONT PALARAE

AIFFA Berjaya Buka Peluang Untuk Penggiat Seni Tempatan Kembali

AIFFA

AIFFA Berpotensi Berkembang, Berjaya Seperti Festival Rainforest