in , ,

Ahmad Idham Dilantik Semula Ke Jawatan CEO FINAS

Tahniah buat pelakon dan pengarah Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang telah dilantik semula ke jawatan lamanya iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Perkara tersebut diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi (FINAS), Zakaria Abdul Hamid.

“FINAS juga menyambut baik dan berterima kasih di atas peruntukan sebanyak RM225 juta sebagai insentif rangsangan ekonomi kepada industri ini melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang telah diumumkan YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk menjana semula industri kreatif negara akan dikawal selia oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Dato’ Saifuddin Abdullah yang pastinya akan memberi manfaat kepada pemegang taruh industri.

“Perbadanan juga dengan berbesar hati ingin mengumumkan pelantikan YBrs. En. Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS yang baharu berkuatkuasa 5 Jun 2020 sehingga 6 Jun 2022.

Semoga dengan pelantikan beliau ini, FINAS akan terus menjana kecemerlangan sebagai sebuah badan yang memaju, menggalak dan memelihara kemajuan industri perfileman tanah air,”

– Zakaria Abdul Hamid

Sebelum ini, Ahmad Idham pernah dilantik ke jawatan berkenaan pada Mac 2019, namun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan pada Disember tahun yang sama.

Ketika itu, beliau dikatakan mengambil keputusan berkenaan atas desakan pihak tertentu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Akaun Instagram Digodam, Suria FM Buat Laporan Polis

Pilihan Drama Menarik Sepanjang Jun di Dimsum Entertainment!