in ,

Akaun Instagram Digodam, Suria FM Buat Laporan Polis

Akaun Instagram Suria Malaysia milik stesen radio Suria FM yang memiliki lebih 300,000 pengikut, dipercayai digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dipercayai penggodam itu berasal nun jauh di Turki yang telah merancang serangan untuk menggodam akaun IG ramai selebriti dan influencer di Malaysia secara serentak. Kononnya nak kasi verified dan blue tick.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh pihak Suria FM mengatakan pihak Suria FM telah pun buat laporan polis dan berusaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagram. Selain menasihati pendengar supaya tidak melayan sebarang mesej palsu yang menggunakan nama Suria FM, pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan kembali akaun tersebut.

Digodam

Akaun Instagram Suria Malaysia Digodam Pihak Tidak Bertanggungjawab 

Stesen radio Suria FM ingin memaklumkan bahawa akaun media sosial Instagram @suriamalaysia tidak lagi dapat diakses, dipercayai digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Perkara ini disedari oleh pihak Suria FM pada petang semalam setelah tidak dapat mengakses akaun Instagram tersebut dan carian nama Suria Malaysia tidak dapat ditemui. 

Suria FM sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun tersebut dan menasihati pengikut-pengikut akaun Suria Malaysia untuk tidak melayan sebarang DM dan mesej palsu yang menggunakan nama Suria Malaysia atau nama asing. 

Sebarang maklumat terkini hanya akan dimaklumkan melalui akaun media sosial Facebook dan Twitter Suria FM sahaja buat sementara waktu.

Pihak Suria akan membuat laporan polis untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan lebih ramai akaun yang diikuti Suria Malaysia digodam.

Suria FM

Berkongsi berita itu, Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, akaun IG stesen radio berkenaan, @suriamalaysia tidak dapat diakses sejak semalam.

“Pihak pengurusan membuat laporan polis bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk terutama apabila lebih ramai akaun yang diikuti Suria Malaysia, digodam.

“Perkara ini disedari petang semalam selepas kami tidak dapat mengakses akaun IG dan carian atas nama Suria Malaysia tidak dapat ditemui,”

– DJ Lin

DJ Lin berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan kembali akaun terbabit dan menasihati pengikut tidak melayan mesej langsung (DM) termasuk pesanan palsu atas nama Suria Malaysia atau nama asing.

Suria Malaysia memiliki lebih 330,000 pengikut IG. Buat masa ini, maklumat mengenai stesen radio berkenaan hanya dimaklumkan melalui akaun Facebook (FB) dan Twitter Suria FM.

Dalam perkembangan sama, beberapa selebriti tempatan seperti Datuk Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Siti Sarah Raissuddin dan Shima Anuar berkongsi paparan skrin mesej diterima daripada individu tidak dikenali.

Individu terbabit dipercayai menyamar sebagai wakil IG meminta pengguna melayari pautan yang diberi. Rata-rata netizen percaya pautan itu adalah antara taktik penggodam untuk mengakses akaun seseorang.

What do you think?

83 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

The Troublebaker And The Accidental Lemang-Preneur – Surviving The Lockdown With Their Food Business

Ahmad Idham Dilantik Semula Ke Jawatan CEO FINAS