in , ,

Terkesan Dengan Pemergian Menantu Kesayangan, Ibu Mertua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah

Pada minggu ini ternyata suasan masih lagi suram dengan kisah pemergian penyanyi kesayangan ramai, Siti Sarah Raisudin selepas dijangkiti Covid-19. Meskipun sudah 4 hari Allahyarhamah pergi, namun orang ramai tidak putus-putus bercakap tentang kebaikan serta amalan yang dilakukannya selama ini.

Turut terkesan dengan kematian Allahyarhamah, adalah mentuanya Salamiah Jalani sempat berkongsikan kesedihan tersebut di ruangan TikTok. Sejak dari hari pertama mengetahui keluarga anak menantunya disahkan positif, wanita tersebut mengakui tidak senang duduk malah sukar untuk melelapkan mata.

Saya sayang sangat dia…Sepanjang dirawat, langsung tak dapat lelapkan mata selama 4 hari

– Ibu Mertua siti sarah

Kami tahu Allahyarhamah di tempat yang baik…Itulah yang buat kami tabah
Meskipun seperti tidak percaya, namun dia reda dengan ketentuan Allah S.W.T yang telah menjemput Siti Sarah terlebih awal. Dalam pada itu, Salamiah mengakui bersyukur kerana telah dipinjamkan dengan seorang menantu yang cukup baik selama 11 tahun.

Terkesan Dengan Pemergian Menantu Kesayangan, Ibu Mertua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah

Jelasnya, hubungan mereka berdua agak rapat memandangkan Allahyarhamah sudah lama kehilangan ibu kandung.

Selalu bersangka baik, jaga hati keluarga dan sentiasa mohon maaf

Dedahnya lagi, sikap Allahyarhamah sama juga seperti orang lain meskipun dikenali sebagai penyanyi yang cukup hebat. Namun keperibadiannya layak dipuji apabila disifatkan sering bersangka baik dan menjaga hati keluarga dan orang tua. Tak cukup dengan itu, menantunya sentiasa memohon maaf jika berbuat salah. Tambahan lagi arwah tak lokek bersedekah mengikut kemampuan. Itulah jawapan yang diberikan Puan Salamiah apabila ditanya apakah amalan menantu beliau Siti Sarah selama arwah menjalani kehidupan

Magis Sedekah, Jubah Arwah Siti Sarah Laris

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, 34, mendedahkan, arwah sudah memberi petanda meninggalkan keluarga buat selama-lamanya, cuma hanya disedari selepas pemergiannya, Isnin lalu.

Berkongsi momen menyentap jiwa, Siti Fatimah atau lebih mesra dengan panggilan Makde berkata, arwah memberitahunya mahu berehat pada Ogos.

“Arwah usulkan mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu.

“Dia memaklumkan mahu berehat pada Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat.

“Siapa sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,”

Terkesan Dengan Pemergian Menantu Kesayangan, Ibu Mertua Dedah Rahsia Amalan Siti Sarah

Makde yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, Nabila Huda antara pilihan arwah untuk dijadikan wajah mewakili rangkaian produknya.

“Arwah dan Nabila sudah bertemu. Malah, saya juga sudah berbincang dengan Nabila mengenai perancangan ini, cuma masih menunggu kata putus.

“Ikut perancangan, arwah berhasrat mengeluarkan produk membantu masalah keputihan wanita,” katanya.

Makde turut memuji kemuliaan hati arwah dalam soal bersedekah.

“Sebelum mengeluarkan produk baharu atau apa sahaja perancangan, arwah selalu niat bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Itu juga menjadi permintaan arwah kepada saya.

“Arwah minta kakitangan menguruskan sumbangan lampin pakai buang dan susu kepada golongan ibu memerlukan, beberapa bulan lalu.

“Pada satu tahap, saya tidak perlu menunggu arahan arwah dalam soal bersedekah. Saya terus niat sedekah atas nama syarikat. Begitu juga zakat perniagaan diuruskan akauntan.

“Jujurnya, sedekah memudahkan segala urusan perniagaan. Saya nampak magis bersedekah sampai tahap kerosakan produk atau barang yang ditolak berkurangan di kilang,” katanya.

Katanya, dia terkejut sambutan luar biasa dan peningkatan jualan daripada perniagaan diusahakan, sejak akhir ini.

“Saya tidak menyangka peningkatan jualan dalam masa sukar ini. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.

“Paling laris, jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.

“Ejen memaklumkan ada yang mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan. Ada juga yang membelinya kerana mahu mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.

Makde mengakui, arwah tidak perlu bersusah payah berniaga kerana suaminya berkemampuan.

Namun, katanya, mengenalinya, dia mahu membantu orang luar menjana pendapatan.

“Jujur, arwah tidak perlu bersusah payah berniaga. Arwah boleh duduk goyang kaki di rumah sambil menguruskan suami dan anak-anak. Jika mahukan apa-apa, insya-Allah Shuib boleh membelikannya.

“Namun, berbalik kepada niat arwah mahu membantu peniaga, jadi tiada siapa mampu menghalangnya,” kata Makde.

Seminggu sebelum pemergiannya, Makde berkata, arwah sudah menguruskan sistem membantu ejen tanpa menggunakan modal.

“Jadi, ejen atau ‘dropship’ tidak perlu pegang barang jualan. Ibu pejabat akan menguruskan penghantaran. Mereka hanya ambil bayaran pelanggan dan selesaikan pembayaran atas talian,” katanya.

Mengulas hala tuju perniagaan tanpa arwah, Makde berkata, Shuib meletakkan kepercayaan kepadanya.

“Shuib mahu saya terus mengemudi perniagaan arwah. Shuib menyokong saya daripada belakang.

“Malah, saya berhasrat menubuhkan Yayasan Siti Sarah untuk terus memanjangkan sedekah diamanahkan arwah.

“Bagaimanapun, saya tahu ia kerja mudah. Saya memerlukan persetujuan Shuib dan keluarga arwah. Jika berjaya direalisasikan, saya yakin arwah akan tersenyum atas usaha ini,” katanya.

Sementara itu, Shuib berkata, dia dimaklumkan empat rangkaian produk diusahakan arwah mendapat sambutan luar biasa.

Ia membabitkan produk Loveta by Siti Sarah, Ratasya Cosmetics, Ratasya Care dan Unagi.

Katanya, dia mendapat berita mengejutkan apabila ribuan produk terjual sejak kelmarin.

“Sebenarnya, saya memang tahu niat arwah mahu membantu golongan terjejas menjadi ejen bagi mendapat pendapatan sampingan.

“Arwah nak bantu orang lain untuk mendapatkan apa yang digunakannya dengan harga mampu milik. Itu yang arwah selalu beritahu saya,” katanya.

Bekas penyampai radio Hot FM itu berkata, jika ikutkan, arwah tidak perlu bersusah payah berniaga.

“Insya-Allah, keperluan arwah dan anak-anak sudah cukup. Namun, saya merestui disebabkan niat baiknya.

“Apabila mengetahui beribu produk terjual, saya tumpang bersyukur. Masya-Allah ibu (panggilan untuk arwah), ramai sayang ibu. Ramai beli barang ibu simpan buat kenangan.

“Hebat rezeki ini. Saya mohon teruskan doa dan sokong perniagaan arwah. Semoga ia menjadi saham akhirat untuk arwah,” katanya.

Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.

Arwah meninggalkan suami dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.

*Sumber: Berita Harian

Sempat Pindah Duit Ke Akaun Ibu T.iri

Malah isteri kepada pelawak Shuib yang itu sebelum ini pernah membantu rakan-rakan dalam industri dan media dalam meringankan beban mereka.

“Dia paling suka menderma, selalu menderma sana-sini. Kalau ada orang mesej di Instagram perlukan bantuan dia cuba bantu. Tapi Sarah tak suka orang tahu dan tak mahu bercerita… tapi kita pihak pengurusan tahu mengenai perkara itu.

“Yang terbaru, sebelum dia menaiki ambulans untuk ke hospital (HUKM Kuala Lumpur), dia pindahkan wang pada satu akaun miliknya kepada ibu tirinya dan minta ia disedekahkan.

“Sebelum ditidurkan, dia ada minta pembantunya ambil produk tudung keluaran untuk disumbangkan kepada jururawat,” ujarnya.

Kematian Yang Menyatukan Insan

Rakyat di seluruh negara diselubungi duka apabila masing-masing menyatakan rasa sedih dan pilu atas kematian Siti Sarah Raissuddin yang meninggal dunia semalam, selepas 65 jam bertarung nyawa melawan jangkitan Covid-19.

Siti Sarah, 36, meninggal dunia pada pukul 5.13 pagi ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) sejak 3 Ogos lalu.

Allahyarham dijangkiti virus berbahaya itu pada 25 Julai lepas selepas pembantu rumahnya menghidap wabak tersebut.

Lebih meruntunkan hati orang ramai apabila suami Allahyarham, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkongsi detik sedih ketika membuat panggilan video ketika Siti Sarah sedang nazak di unit rawatan rapi (ICU) beberapa jam sebelum kematiannya.

Pasukan perubatan memakai PPE ketika mengangkat keranda mengandungi jenazah Siti Sarah di PPUKM, Kuala Lumpur semalam.

“Air mata berlinangan di pi­pinya seolah-olah memahami apa yang kami bualkan dengan­nya. Kami empat beranak melihat sendiri air mata mengalir di pipi Allahyarham ketika panggilan video itu.

“Saya terus ke hospital selepas selesai majlis bacaan Yasin dan doa selamat malam tadi (kelmarin) secara maya tetapi tidak dibenarkan bertemu arwah,” katanya ketika ditemui.

Jenazah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Su­ngai Pusu, Gombak selepas Zuhur.

Shuib turut mengenakan pe­ralatan perlindungan diri (PPE) untuk mengiringi perjalanan akhir isterinya selain membantu urusan pengebumian.

Orang ramai melihat van jenazah yang membawa jasad Siti Sarah untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pusu, Gombak semalam.
Ramai rakan artis turut hadir pada majlis itu termasuk Rahim Sepahtu, Ali Puteh, Datuk Adi Putra dan Rebecca Nur Islam.

Menurut Shuib, biarpun ha­tinya merasa berat, dia tetap reda kerana apa yang terjadi adalah ketentuan Ilahi.

Tambahnya, dia berjanji akan menjaga empat orang anak mereka, Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang baru sahaja dilahirkan Jumaat lalu secara pembedahan ketika arwah koma.

“Melihatkan kepada keadaan sebelum dan ketika kematian dia, saya tertanya-tanya apakah kebaikan yang telah dia lakukan kerana begitu ramai meratapi kehilangannya dan cemburu dengan cara pemergian arwah,” katanya.

Kata bekas penyampai radio itu lagi, ramai ingin mengambil tahu mengenai perkembangan arwah isterinya selepas ditidurkan dan pembedahan untuk mengeluarkan bayi.

“Saya tertanya-tanya apa kebaikan dia lakukan hingga mendapat kelebihan ini.

“Sebenarnya saya sudah reda seandainya isteri saya dijemput Ilahi ketika dia kritikal pada Jumaat lalu, namun Allah beri arwah sedikit masa lagi untuk hidup,” katanya.

Tambahnya, arwah pernah cakap yang dia mahu meninggal pada hari Jumaat kerana mendapatkan khusnul khatimah dan terlepas siksa kubur.

Sementara itu, dalam satu sia­ran langsung, Shuib memberitahu, isterinya tidak sempat divaksin sebelum dijangkiti Covid-19.

Shuib termenung selepas mengebumikan Siti Sarah semalam.
“Di sini saya ingin mengingatkan bahawa Covid-19 itu benar. Jangan nak berlagak sebab belum kena belum tahu.

“Kalau boleh ambillah vaksin,” katanya.

Tambahnya, tiga anaknya te­rus meraung sebaik dimaklumkan mengenai kematian ibu mereka.

“Ketika sampai di rumah, saya cuba mengelak untuk membe­ritahu mereka. Selepas mandi yang begitu lama, ibu mertua menghubungi saya supaya segera memberitahu mereka.

“Selepas dimaklumkan, ketiga-tiga anak saya menangis dan meraung,” katanya yang turut sebak dalam siaran langsung itu.

Sumber: kosmo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Nasihat Ustaz Kepada Shuib Bila Pilih Wanita Jadi Ibu Susuan Ayash Affan

Ahmad Fedtri Yahya Terima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif 1443H