in ,

Shakila Khoriri Disangka Sudah Berhijab, Ini Komen Tuan Punya Badan

Pelakon Shakila Khoriri tampil membuat pengakuan bahawa dirinya masih lagi belum berhijab secara sepenuh masa berikutan dia ada memuat naik foto memakai tudung sempena sambutan Awal Muharam, kelmarin.

Enggan mencetuskan salah faham dan kekeliruan, Shakila berkata dia masih lagi tidak berhijab sepenuhnya namun memohon doa orang ramai agar dapat berubah ke arah yang lebih baik.

Tambah isteri kepada penyampai radio Fizi Ali itu lagi, dia terpaksa tampil menjelaskan perkara sebenarnya agar tidak menimbulkan syak dalam kalangan peminat dan juga orang yang dikenalinya.

Saya masih belum berhijab atau bertudung seperti sangkaan kalin. Sedih saya nak beritahu tapi saya percaya doa kalian pasti termakbul suatu hari nanti. Teruskan berdoa untuk saya dan juga kawan-kawan yang lain.

Shakila Khoriri

Ujar pelakon Selamat Malam Tan Sri itu lagi, dia memohon ruang untuk dirinya memperbaik diri dengan lebih baik agar ia kekal sampai bila-bila apabila tiba masa untuk berhijab sepenuhnya nanti.

Dia yang turut tersentuh dengan doa peminat itu turut meminta maaf kepada mereka di luar sana namun bersyukur kerana dikelilingi mereka yang selalu menyokong apa jua keputusan yang dibuat Shakila.

Sekadar info, Shakila telah mendirikan rumah tangga bersama Fizi pada 18 Februari 2018 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lebih dua tahun.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ahmad Fedtri Yahya | 19

Ahmad Fedtri Yahya Terima Anugerah Tokoh Khas Kategori Pendakwah Kreatif 1443H

Ahmad Fedtri Yahya | 20

“Kubur Bukan Tempat Cipta Sensasi Dan Populariti..” – Ahmad Fedtri Yahya