in ,

Aepul Drama Band Positif Covid-19, Lega Isteri Hamil Disahkan Negatif

Penyanyi Drama Band, Aepul disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian swab kedua, semalam. Semoga cepat sembuh ya!

Selepas drummer kumpulan Drama band disahkan positif Covid-19 bersama keluarganya, vokalis kumpulan tersebut, Aepul Roza turut sama dijangkiti wabak itu selepas menjalani ujian saringan kedua malam tadi.

Positif Selepas Buat 2nd Swab Test

Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Aepul menerusi IG storynya selepas melakukan swab test di sebuah pusat kesihatan swasta.

Walau bagaimanapun, Aepul bersyukur kerana isterinya, Leez Rosli menerima keputusan negatif selepas melakukan ujian saringan tersebut.

“Saya sudah mula menjalani kuarantin di rumah sejak beberapa hari yang lalu dan menanti prosedur operasi standard (SOP) seterusnya. Doakan kami sekeluarga, terima kasih,”

– Aepul Drama Band
Aepul Drama Band

Tambah penyanyi itu lagi, dia sudah mulai melakukan kuarantin kendiri sejak beberapa hari lepas dan bersedia menjalani prosedur seterusnya selepas disahkan positif Covid-19 ini.

Sementara itu, Aepul berkata, setakat ini, dia masih di rumah. 

“Saya hanya makan ubat demam, sebab ada rasa demam sikit. Sebenarnya, saya rasa lebih baik dari semalam. Alhamdulillah, saya mahu fikir yang positif sahaja.

“Saya sudah mengasingkan diri dalam bilik studio, sejak semalam. Anak pula, Nur Saffiya Alisha pula sudah diasingkan lebih awal, di mana kami tempatkan dia di rumah ibu mentua,”

– Aepul Drama Band

Sehubungan dengan itu, Aepul berharap agar orang ramai sudi untuk mendoakan kesejahteraan keluarganya agar mereka terlindung daripada jangkitan pandemik yang semakin menular ini.

Terdahulu drummer Drama Band, Faeez Ikhwan, isterinya yang juga penyampai Kool FM serta anak mereka disahkan positif Covid-19.

Selain daripada itu, pelakon Emma Maembong dan suami turut disahkan positif wabak tersebut walaupun tidak mempunyai sebarang simptom.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanya Sekadar Kawan, Khai Bahar & Aina Abdul Jawab Spekulasi Sedang Bercinta

Pelakon Filem Mukhsin Kini Bergelar Isteri, Sharifah Aryana & Suami Selamat Bernikah