in , , ,

Hanya Sekadar Kawan, Khai Bahar & Aina Abdul Jawab Spekulasi Sedang Bercinta

Menjawab spekulasi tersebut, kedua-dua penyanyi ini tampil memberi kenyataan menerusi sebuah sidang media secara virtual yang diadakan pada petang Khamis.

Persoalan siapakah pasangan duet Khai Bahar untuk single terbaharu akhirnya terjawab apabila Khai memuat naik tangkap layar status Aina di Instagram miliknya pada bulan Disember 2020 lalu.

Peminat Berteka-Teki Mengenai Hubungan Khai Bahar & Aina Abdul 

Semakin mendapat tempat di kalangan pendengar, peminat kedua-dua penyanyi hebat ini begitu gembira tatkala perkhabaran lagu duet mereka diperdengarkan malah ada diantara peminat membuat spekulasi kononnya Khai dan Aina kini sedang hangat bercinta apatah lagi muzik video berkenaan juga penuh dengan babak romantis meskipun ditayangkan secara animasi.

Terbuai Rasanya Bila Dengar NAFAS CINTA Lagu Baru Aina Abdul Duet Bersama Khai Bahar

Hanya Sebagai Kawan 

Menjawab spekulasi tersebut, kedua-dua penyanyi ini tampil memberi kenyataan menerusi sebuah sidang media secara virtual yang diadakan pada petang Khamis.

Menurut Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin, 27 dia bersyukur apabila peminat membuat spekulasi bahawa mereka sedang bercinta. Namun baik Khai mahupun Aina, ianya hanya sekadar mempromosikan lagu tersebut dan tidak menyimpan perasaan lebih daripada seorang kawan.

“Bila dah timbul spekulasi itu, kami rasa sangat bersyukur kerana promosi lagu berjalan dengan baik. Tetapi kenyataannya kami hanya bekerja dan tidak menyimpan sebarang perasaan (cinta) antara satu sama lain. Aina pun sama seperti saya, kami hanya berduet,”

– Khai Bahar

Dalam pada itu, berbanding kebanyakan penyanyi lain yang memilih untuk melancarkan sekadar satu ataupun dua buah single setiap tahun, sebaliknya bagi Aina, dia mengambil risiko untuk melancarkan 5 buah single pada tahun lalu termasuk Nafas Cinta. Bagi empunya nama sebenar Nurul Aina Abdul Ghani,28 dia berbuat demikian sebagai hadiah buat peminat dan mengikut peredaran masa.

“Selalu formulanya adalah satu ataupun dua lagi, tetapi saya sedar di era industri kita sekarang ini, pendengar dan peminat mahukan sesuatu yang baru dengan cepat, jadi saya cuba mengikut trend tersebut,”

– Aina Abdul
Hanya Sekadar Kawan, Khai Bahar & Aina Abdul Jawab Spekulasi Sedang Bercinta

Ketika ditanya mengenai siapakah yang akan berduet dengannya selepas ini, dedah Aina bagi tahun 2021 dia tidak mempunyai perancangan untuk menghasilkan lagu duet dengan penyanyi lain kerana ingin memfokuskan perancangan yang telah dibuatnya sebelum ini. Namun, dia tidak menolak untuk berduet sekiranya digandingkan dalam mana-mana program.

“Untuk berduet di atas pentas atau program TV saya tidak akan menolak, tetapi dari segi single saya tidak terfikir ke situ lagi sebab perancangan yang saya dah aturkan untuk 2021 ini belum ke rancangan untuk berduet lagi,”

– Aina Abdul

Lagu Nafas Cinta bole dilayari di semua platform muzik digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox, Youtube Music, Channel YouTube dan juga Apple Music dan serentak itu turut ditayangkan video muzik Nafas Cinta menerusi platform YouTube.

*Sumber: Murai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Saman Fitnah Siber, Emelda Rosmila Enggan Mediasi Bersama Zarina Anjoulie

Aepul Drama Band Positif Covid-19, Lega Isteri Hamil Disahkan Negatif