in , ,

Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut

Nampaknya pelakon Aedy Ashraf dan Amelia Henderson kini semakin rapat bersama seakan-akan hubungan mereka kembali bertaut semula.

Mendapatkan penjelasan tuan badan sendiri, Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi memaklumkan dia dan Amelia sangat selesa bersama.

Difahamkan, hubungan Aedy dan Amelia kembali bertaut rapat selepas setahun tidak berjumpa dan bekerjasama.

Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut Selepas Setahun

“Amelia sangat baik, kami pun sangat rapat dan sudah kenal lebih dua tahun. Saya tak tahu dia, tapi saya sangat serius mengenai hubungan ini.

“Saya sangat selesa dengan Amelia. Sebelum ini pun kami pernah jadi teman istimewa dan senang cerita, kami kembali bersamalah,” kongsi Aedy.

Aedy dan Amelia ditemui di majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini dan Hotel Shangri-La pada Jumaat.

Tambah Aedy, dia tidak mahu meletakkan harapan terhadap peminatnya namun dia benar-benar yakin dengan hubungannya bersama Amelia.

“Saya tak nak buat sesuatu kerana peminat suruh atau sebagainya. Hal ini jadi sebab kami betul-betul mengenali sesama sendiri dengan cara yang betul.

“Tapi tak salah pun untuk mereka berharap dan kalau tak jadi, jangan sedih pula. Kami buat yang terbaiklah untuk diri kami masing-masing,” katanya.

Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut Selepas Setahun

Dalam pada itu, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson berharap hubungannya bersama Aedy akan sentiasa kekal biarpun sebagai rakan karib.

“Saya memang akan sentiasa menjadi peminat terbesar Aedy. Saya harap apa-apapun, kami akan kekalkan hubungan antara kami selama-lamanya.

“Ini kerana, dia sentiasa ada untuk saya, begitu juga saya untuk dia. Terus-terang, itupun sudah cukup untuk kita harapkan daripada kawan-kawan yang kita ada,” ujarnya.

Terdahulu tular di media sosial memaparkan Aedy dan Amelia kelihatan mesra bersama dalam satu sesi fotografi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tidak Lagi Ceria Selepas Disantau, Andi Bernadee Tinggalkan Media Sosial

ND LALA

Isteri ND Lala Dedah Wajah Seorang Wanita Dengan Gelaran ‘Penyondol’