in , ,

Aedy Ashraf Nafi Punca Puisi Patah Hati Pelakon Daiyan Trisha

“Kami tidak pernah mempunyai hubungan secara romantik dan tidak lebih daripada kawan.”

“Kami tidak pernah mempunyai hubungan secara romantik dan tidak lebih daripada kawan.”

Itu respons pelakon Aedy Ashraf apabila namanya dikaitkan dengan puisi patah hati pelakon Daiyan Trisha.

Aedy menafikan pernah mempunyai hubungan istimewa dengan Daiyan.

“Banyak spekulasi mengenai saya kebelakangan ini dan sekarang saya di sini ingin menjelaskan perkara sebenar.

“Spekulasi tentang seorang rakan dalam bukunya yang didakwa melibatkan saya, itu tidak benar,” ujar aktor berusia 29 tahun itu menerusi satu muatnaik Instagram.

Terdahulu, penulisan puisi patah hati Daiyan mencetuskan teka-teki mengenai siapa jejaka yang dikatakan telah menghancurkan hatinya.

Mengulas lanjut, kekasih pelakon Amelia Henderson itu turut meluahkan kekesalan berhubung isu sekeping foto mesra bersama pelakon gandingannya, Ahirine untuk promosi filem terbaharu lakonan mereka, Tebus.

Menurutnya, gambar tersebut tidak mendapat persetujuan pihaknya untuk disiarkan dalam mana-mana platform termasuk bagi tujuan promosi filem berkenaan.

“Sekeping foto kontroversi dari adegan filem yang saya buat.

“Saya tidak pernah mengizinkan foto tersebut dimuat naik dalam mana-mana platform media sosial.

“Saya juga tidak pernah bersetuju bahan seperti ini disiarkan untuk mempromosikan filem,” tambahnya.

Aedy juga tidak menafikan kehebatan filem arahan Jason Chong yang dijayakan dengan sepenuh hati, namun tidak selesa apabila strategi promosi lebih menjurus ke arah sensasi.

“Tidak dinafikan, filem tersebut sangat bagus. Saya letakkan sepenuh tenaga, masa dan usaha untuk memastikan nashkah berkenaan memberi impak buat peminat.

“Saya enggan membiarkan semuanya mati sia-sia untuk aksi publisiti.

“Apa yang dilakukan untuk keluarga dan peminat yang sememangnya datang dari hati,” tuturnya. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

IBNOR RIZA

Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Doktor Ramal Ibnor Riza Ada 6 Bulan Hidup

Alami Kecederaan ACL, Hun Haqeem Rancang Habiskan 2023 Dengan Rehat Panjang