in , ,

Tidak Lagi Ceria Selepas Disantau, Andi Bernadee Tinggalkan Media Sosial

Satu demi satu ujian yang menimpa Andi Bernadee pada tahun-tahun lalu, dan ia  membuatkan penyanyi itu semakin menyepi dari keriuhan media sosial. 

Pelantun lagu ‘Penat’ itu mengakui ujian terkena perbuatan sihir membuatkan mentalnya terganggu. Selain itu, kes pecah amanah yang dilakukan individu terdekatnya juga membuatkan Andi tidak lagi seceria dahulu. 

Fikiran berserabut hingga menjejaskan kesihatan mental menjadi punca mengapa penyanyi dan pelakon, Andi Bernadee hilang dari radar seni sejak setahun lalu.

“Terus terang saya katakan, kes itu (kes pecah amanah) dan santau memberi kesan kepada saya sehingga hari ini. Saya mengalami gangguan ingatan dan sukar menghafal bila masuk set penggambaran walaupun hanya satu helai skrip. Kalau dulu, saya boleh hafal sampai empat helai skrip,” katanya yang juga sedang menjalani pelbagai rawatan alternatif sebagai ikhtiar penawar kepada sakit yang dialaminya. 

Setahun menyepi dari media sosial, Andi mengakui membawa diri mengembara ke marata-rata tempat, selain pernah terfikir untuk menutup akaun media sosial sekaligus berhenti daripada terlibat daripada apa-apa aktiviti seni.

“Setahun lebih juga saya tak kemas kini apa-apa di media sosial. Saya  banyak habiskan masa untuk travel tapi kali ini saya tak muat naik di mana-mana. Pendek kata, saya pergi healing.

“Jauh dari media sosial membuatkan saya rasa aman. Zaman media sosial sekarang sangat jahat. Apa yang kita pakai, gaya potongan rambut semua orang akan perkatakan. Saya tak mahu lagi berada keadaan itu dan meminta persetujuan daripada semua orang. Saya tak mahu menjadi hamba, lagi pula saya sudah 32 tahun.

“Saya pernah terfikir nak tutup media sosial dan berhenti daripada terus berada di bidang ini. Tapi kalau saya berhenti, bagaimana dengan keluarga saya kerana saya boleh dikatakan bertanggungjawab untuk tanggung keluarga. Kalau saya tak kerja, siapa nak jaga dan uruskan kelangkapan mereka,”

Namun begitu, Andi bersyukur kerana hari demi hari dirinya sudah menunjukkan perkembangan positif sehingga 60 peratus dan meminta peminat untuk sama-sama mendoakan kesihatannya agar dapat kembali menjadi seorang Andi yang ceria seperti dahulu.

Kembali memeriahkan industri hiburan, Andi hadir dengan buah tangan terbaharu iaitu lagu Raya Last Minute bersama-sama pempengaruh Ryan Bakery. Lagu ciptaan Firdaus Rahnat, Iqie Hugh dan John Jeeves itu sudah boleh didengari di semua platform penstriman mulai hari ini. –

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Terjah 7 Bazar Ramadan di Selangor! Banyak Seleksi Juadah Yang Unik!

Aedy Ashraf & Amelia Henderson Sahkan Hubungan Kembali Bertaut