in

Adira Duta Baru Minuman Kesihatan NH Vege F’bre Plus

Adira Duta Baru Minuman Kesihatan, NH Vege F`bre Plus

[dropcap]B[/dropcap]udiey nak ucapkan tahniah buat Adira sebab sekarang dah jadi duta produk kesihatan. Sebelum ini, sudah acapkali Adira disoal tentang penjagaan wajahnya. Apakah dia ada mengambil vitamin c atau menggunakan kaeadah lain untuk memperoleh kulit wajah yang mulus, semuanya telah diperjelaskan oleh penyanyi kelahiran Sabah ini.

Nyata usahanya menjaga penampilan telah membuahkan hasil. Selain daripada semakin cantik dan gebu, Adira dikhabarkan telah disunting oleh sebuah produk minuman kesihatan, NH Vege F’bre Plus sebagai duta baru mereka bermula November 2012 untuk jangka masa setahun.

Adira

Perkara ini dikongsi oleh pengurus artis daripada Wake The Baby Sdn Bhd, Liza Ilias setelah pihak mereka dengan kerjasama daripada Astro telah menandatangani kontrak tersebut baru-baru ini. Segala persiapan seperti penggambaran untuk komersial minuman kesihatan ini telah dilakukan pada Oktober lalu.

[pullquote align=”right”]Adira dikatakan terpilih menjadi duta produk tersebut kerana pakej lengkap yang dipunyainya iaitu bakat, rupa serta gaya hidupnya yang sesuai dan menepati kriteria produk tersebut.[/pullquote]

Bagi mereka yang kurang jelas mengenai NH Vege F’bre Plus, ia diformulasi khusus untuk masyarakat Asia dan diperbuat daripada 100% bahan semulajadi, yang mana ia membekalkan sumber serat untuk menyahtoksin, melancarkan pergerakan usus dan meningkatkan fungsi sistem penghadaman.

Dengan cara gaya hidup yang dipraktikkan dan makanan harian yang mempunyai kandungan lemak tinggi dan berminyak yang menjadi punca utama berat badan berlebihan, perut buncit, sembelit dan masalah penghadaman, selain kurang pengambilan sayur-sayuran.

NH Vege F’bre Plus melalui duta terbarunya kini, Adira ingin mengajak peminat serta orang ramai untuk mengamalkan gaya pemakanan sihat. Produk kesihatan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat tumbuhan hijau dan klorofil untuk kesihatan badan.

Paling penting, ia mengurangkan pengambilan kalori dengan menyekat penyerapan karbohidrat dan lemak berlebihan serta menyingkirkannya daripada tubuh. NH Vege F’bre Plus bukan sahaja membantu anda menjaga kesihatan dalam masa yang sama untuk tampil bertenaga dan cantik dengan berat badan yang ideal.

Congrats Adira!

Adira_Duta

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Filem Asia Pasifik 55 APFF

The Legends In Concert The Jacksons Unity Tour in Malaysia