in ,

Festival Filem Asia Pasifik 55 APFF

HIKAYAT Merong Mahawangsa, Ombak Rindu, Bunohan, Nur Kasih The Movie dan Songlap merupakan lima filem yang terpilih mewakili Malaysia untuk dipertandingkan dalam Festival Filem Asia Pasifik 55 (APFF 55) yang bakal berlangsung di Macau, China, pada 14 dan 15 Disember ini.

[pullquote align=”right”]Baru-baru ini, sidang akhbar tentang APFF diadakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hulu Klang, Selangor baru-baru ini.[/pullquote]

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Panchaharam Nalliah atau Pansha, kelima-lima filem tersebut telah dipilih sendiri oleh jawatankuasa pemilihan berdasarkan keunikan dan kekuatan yang ada pada setiap filem berkenaan.

“Pihak kami telah menyenarai pendek kelima-lima filem itu kerana beranggapan setiap satu daripadanya mempunyai keunikan dan berpotensi untuk meraih perhatian barisan juri antarabangsa. Kriteria pemilihan untuk filem berkenaan tidak sama dengan pemilihan untuk pertandingan filem tempatan, oleh itu kami juga telah menjemput juri antarabangsa. Filem-filem berkenaan dinilai berdasarkan artistik, nilai-nilai seni dan lakonan yang hebat serta berkualiti.”

Tambah Pansha, kesemua filem tersebut dipilih kerana ia mewakili genre filem yang berbeza, selain dipercayai mampu menarik perhatian juri profesional yang terlibat nanti.

“Memang kami akui ada di antara filem yang terpilih tidak mendapat sambutan hangat di pawagam seperti Songlap, tetapi filem ini telah mendapat perhatian antarabangsa sebelumnya. Saya yakin kita dapat meraih sekurang-kurangnya dua anugerah, Anugerah Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik. Kedua-dua kategori ini bukan mustahil untuk dimenangi, namun semuanya bergantung kepada keputusan juri.”

Selain itu, beliau turut menegaskan setiap negara dibenarkan untuk mencalonkan lima filem terbaik sahaja untuk dipertandingkan di festival itu.

“Pihak penganjur telah menetapkan syarat minimum memandangkan festival itu disertai oleh 23 buah negara dari seluruh dunia.”

Sementara itu, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Naguib Razak mengakui pemilihan lima filem untuk dibawa ke festival tersebut yang dijalankan mereka sangat menarik kerana setiap filem mempunyai kepelbagaian tersendiri.

“Bunohan dan Songlap sudah diterima baik serta berjaya pada peringkat antarabangsa selain telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. Hikayat Merong Mahawangsa pula agak unik kerana tidak ramai yang mampu membuat filem epik. Pada masa sama, kita juga mempunyai filem drama dan cinta iaitu Nur Kasih dan Ombak Rindu yang tidak boleh diperlekehkan kerana filem ini amat penting di rantau ini.”

Naguib juga menjelaskan, pihak Finas sentiasa menyokong PFM dalam usaha untuk mengangkat martabat industri perfileman tempatan ke peringkat tertinggi.

“Finas sentiasa memberi sokongan kepada penggiat filem untuk pergi lebih jauh dan kami mahu filem-filem tempatan mampu bersaing bukan sahaja di peringkat tempatan, tetapi juga di peringkat antarabangsa.”

Sementara itu, Ummi Nazeera, Syafie Naswip, Maya Karin dan Shaheizy Sam merupakan barisan pelakon yang akan turut serta dalam delegasi Malaysia ke APFF 55 selain disertai oleh pengarah Ombak Rindu, Osman Ali.

Selain Malaysia, negara lain yang terlibat dalam pertandingan APFF 55 ialah China, Rusia New Zealand, Thailand, Jepun, Vietnam, Australia, dan Iran.

Kali terakhir Malaysia memenangi anugerah di APFF pada APFF 54 menerusi Allahyarham Yasmin Ahmad, sebagai Pengarah Terbaik melalui filem Muallaf.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gosip Bront Palarae Gila Talak, Peluk Bahu Cristina Suzanne?

Adira Duta Baru Minuman Kesihatan NH Vege F’bre Plus