in ,

LoveLove OMG!OMG! CuteCute WinWin SEDIHSEDIH HAHAHA!HAHAHA!

Mira Filzah Diperdaya Ungku Ismail dalam ADELLEA SOFEA

Saksikan kesudahan drama ADELLEA SOFEA yang mempunyai 28 episod ini di slot Akasia hanya di TV3!.

Mira Filzah telah ditipu oleh Ungku Ismail? Alahai kasihannya Mira.. sampai hati Ungku Ismail buat bintang kesayangan ramai macam itu?. Para peminat Mira jangan marah-marah dahulu ya, memang Ungku Ismail ada menipu dan berkasar pada Mira tetapi itu demi menjayakan watak dalam drama terbaharu mereka, ADELLEA SOFEA di slot Akasia mulai 6 Disember ini, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam

Selain Mira Filzah yang memegang watak Adellea Sofea dan Ungku Ismail sebagai Alif Firdhaus, drama arahan Sharulezad Mohameddin terbitan Radiusone Sdn Bhd ini turut membariskan bintang lain seperti Jasmine Suraya, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud, Fizo Omar, Josiah Hogan, Roy Azman dan Kazar Saisidan ramai lagi.

Drama ADELLEA SOFEA

Drama ini mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Drama ADELLEA SOFEA

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Drama ADELLEA SOFEA

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya. 

Apakah rahsia yang disimpan Firdhaus sehingga adiknya sendiri membenci dirinya? Adakah tepat pilihan Sofea memilih Firdhaus sebagai suami hanya dengan menilai secara luaran melalui peribadi yang ditonjolkan melalui media sosial? Saksikan kesudahan drama 28 episod ini di slot Akasia hanya di TV3!.

Drama ADELLEA SOFEA Drama ADELLEA SOFEA Drama ADELLEA SOFEA Drama ADELLEA SOFEA Drama ADELLEA SOFEA Drama ADELLEA SOFEA

What do you think?

81 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kemelut Cinta dalam Drama Bersiri OMBAK RINDU di iflix

PUSAKA Raih RM13.7 Juta Dalam Tempoh 36 Hari