in , ,

Adam Lee Hero Ruhainies Dalam Drama Adapatasi Novel Berjudul KANVAS

Pembaca novel karya Ayumi dengan tajuk “Kanvas” pastinya teruja menantikan tayangan adaptasi novel ini dalam drama bersiri pula yang bakal menemui penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Tampil dengan tajuk sama, ia bersiaran mulai 3 Ogos ini, setiap Isnin hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2 yang menampilkan gandingan dua pelakon utama Adam Lee dan Ruhainies.

Ikuti plot kisahnya dimana bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Cuma lukisannya bukan lukisan biasa-biasa. Lukisan dia ‘hidup’ hingga menyebabkan orang sekeliling takut dengannya. Ed tidak ambil kisah dengan pandangan orang lain asalkan hidup dia tenang. Tapi, apabila salah satu lukisannya tiba-tiba jadi nyata, ketenangannya mula berkocak.

KANVAS DI TV2

Bagi Kara, hidupnya bahagia bersama ayah yang penyayang dan teman lelaki idaman ramai. Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung.

Bersama, mereka mula mencari jawapan kepada setiap misteri dan persoalan. Persoalan yang tiada sesiapa tahu jawapannya dan misteri yang tiada sesiapa pun pasti penyelesainnya.

Tiada sesiapa, kecuali kanvas lukisan Ed. Apakah kesudahan drama bersiri kisah hidup Ed dan Kara bertemu kerana satu tragedi yang menjadi misteri. Dan misteri itu bakal membongkar semua yang tersirat.

Adam dan Ruhainies

Turut membintangi drama bersiri ini pelakon Ika Nabella, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Azri Iskandar, M. Rajoli, Kuza, Mustaffa Kamal, Sofia Arshad, Fadilah Mansor dan Mohammad Suffian.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Michael Ang Kongsi Suami Lana Nordin Bagi Amaran di IG Live

Selepas Teruk Kena Kecam Kerana Video Biadap Dengan Orang Tua, Dia Tampil Beri Kenyataan Ini