in

Adam Jayarathinam dan Nicollete Ng Yu Li Juara The Ultimate Prom Nite

Siapakah Pemenang RM 10,000? Setelah berminggu-minggu menantikan acara tahunan 8TV, sudah tiba masanya untuk mengetahui pemenang bagi gelaran “Ultimate Prom King and Queen” Siapakah diantara enam peserta  terakhir yang membawa pulang wang tunai RM 10,000?

Acara akhir The Ultimate Prom Nite telah berlangsung pada 24hb November 2008 di SEGi College dan telah disiarkan pada 11hb December 2008, jam 9.30 malam di 8TV.

3110652146 3C6E6F80Ae | 4

The Ultimate Prom Nite dibawa khas oleh 8TV bersama dengan NIVEA secara gilang-gemilang yang telah dianjurkan khas bagi pelajar-pelajar kolej. The Ultimate Prom Nite adalah acara pertama antara kolej di Malaysia yang memberikan pelunag kepada pelajar dari 12 kampus di seluruh negara bertanding untuk mendapatkan gelaran tahunan ini.

‘Ultimate Prom King and Queen’ 2008, telah dimenangi oleh Adam Jayarathinam (Ultimate Prom King) dan Nicollete Ng Yu Li (Ultimate Prom Queen)

Ia merupakan pertandingan yang sengit diantara semua peserta, dan keputusan memang sukar untuk dibuat. Tetapi akhirnya, dua pemenang telah dipilih berdasarkan undian tertinggi di antara semua peserta.
Undian yang merupakan 50 peratus dari pihak hakim dan 50 peratus lagi menerusi system SMS telah dikira dan akhirnya enam peserta terakhir telah dipilih. Pemenang bagi “The Ultimate Prom King” Adam, telah menerima undian sebanyak 55 peratus dan Nicollete, “The Ultimate Prom Queen” menerima 81 peratus undian.

3110651350 A6Da0687Dd | 5

Adam (20), seorang pelajar daripada Kolej INTI, Pulau Pinang yang sedang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal mempunyai daya tarikan dan cirri-ciri yang sering dicari oleh wanita iaitu “tall dark and handsome”. Anak muda ini minat memasak dan juga suka bersukan.

Gelaran Ultimate Prom Queen pada tahun ini yang jatuh kepada Nicollete adalah seorang pelajar yang sedang mengikuti kursus Akauntan di Kolej Metropolitan, Subang Jaya. Beliau adalah seorang peminat seni terutama sekali teater dan sangat meminati Hugh Laurie, pelakon utama drama bersiri “House” dan juga kerap menyertai pertandingan pengucapan awam

Peserta yang hadir sangat teruja kerana tidak menjangka bahawa malam tersebut merupakan malam yang gilang-gemilang. Acara ini telah dihias dengan mewah dan makanan yang enak telah dhidangkan bersama dengan persembahan daripada artis-artis seperti Shila (One In A Million 2), Joe Flizzow dan juga Flour Fever Crew.

Hakim yang turut hadir pada malam itu merupakan wanita-wanita yang, menawan, Marion Counter dan Amber Chiam bersama dengan si kacak, Henry Golding. Hansen Lee dan Sarah Lian merupakan pengacara pada malam The Ultimate Prom Nite.

“The Ultimate Prom Nite” telah mencapai kejayaan. Semua pelajar cukup teruja dan telah bergembira pada malam tersebut. Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada NIVEA diatas sokongan yang telah diberikan juga tahniah kepada mereka yang telah mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Perniagaaan, Pemasaran dan Komunikasi. Beliau juga berkata “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Adam dan Nicollete kerana mereka berhak memenangi gelaran tersebut, atas kerja keras dan kesungguhan yang mereka telah berikan”

Pemenang bagi “The Ultimate Prom King and Queen” telah menerima RM 10,000 setiap satu, dan akan diberi peluang untuk menjadi host di 8TV Quickie. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.8tv.com.my

3110651646 D2662Cb9F9 | 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RIMA MELATI, ZIZAN NIN DALAM DRAMA TERATAK KASIH TOK MAK

Gambar Datin Seri Normala Samsudin