in , , ,

Ada Sebab Siti Aafiyah Tidak Tercalon dalam AME 2019

Ramai peminat sekarang ni bertanya dan musykil tentang pencalonan Anugerah MeleTOP Era 2019 tidak menyenaraikan bayi nombor satu negara iaitu Siti Aafiyah, anak kepada penyanyi popular Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam kategori Si Cilik MeleTOP.

Semasa ditanya di sidang media Malam Eksklusif MELETOP yang berlangsung pada hari Isnin lalu, Astro ada selaku penganjur ada sebab tersendiri.

Kepada yang belum tahu, untuk masuk dalam senarai Top 20 pencalonan AME 2019, seseorang personaliti atau selebriti itu perlu ada akaun sosial media seperti Instagram. Disebabkan Siti Aafiyah belum ada akaun Instagram yang rasmi, maka Astro tidak dapat menerima pencalonan untuk Siti Aafiyah dalam kategori Si Cilik MeleTOP.

Rasanya, kalau ada nama Siti Aafiyah terselit dalam senarai, Budiey rasa, sudah tentu ramai Sitizoner akan mengundi dan Siti Aafiyah akan menang. Mungkin di tahun akan datang, bonda ratu Siti Nurhaliza terbuka hati untuk buat Instagram rasmi untuk Siti Aafiyah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Persembahan Misha Omar SAMPAI BILA di AJL33 Trending di Youtube

Babak Mendebarkan dalam Trailer Filem DISNEY’S FROZEN 2