in ,

Majlis Nikah Yusry KRU & Lisa Surihani 23 Februari

Semalam, Budiey ada menyiarkan tentang Yusry KRU dan Lisa Surihani akan umum tarikh perkahwinan mereka pada hari ini. Dan, pada jam 10 pagi tadi, telah pun berlangsung majlis pengumuman istimewa yang ditunggu oleh ramai peminat dan media.

Maka sahlah pasangan hangat ini akan bernikah pada 23 Februari 2012. Manakala majlis resepsi akan diadakan pada 26 Februari 2012. Dalam sidang media yang diadakan jam 11 pagi tadi, Lisa turut memberitahu majlis akad nikah akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

VIDEO SIDANG MEDIA PENGUMUMAN ISTIMEWA YUSRY & LISA SURIHANI

Pasangan sensasi Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani akhirnya tampil mengumumkan majlis pernikahan mereka setelah desas-desus mengenainya menjadi bualan ramai. Seperti yang GUA laporkan tadi, pasangan ini memilih tarikh 23 Februari 2012 untuk melangsungkan pernikahan dan 23 Februari 2012 untuk majlis resepsi kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini memilih Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya untuk majlis akad nikah yang dijadualkan selepas solat Asar. Manakala majlis resepsi akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)pada sebelah malam 26 Februari.

Yusry Kru &Amp; Lisa Surihani

Dalam sidang media yang diadakan di Mariott Putrajaya Resort & Spa pagi tadi, Yusry turut memaklumkan bahawa tidak ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan. Sebaliknya dia dan Lisa bersetuju untuk terus melangsungkan perkahwinan.

“Bagaimanapun, keluarga saya telah bertandang ke rumah Lisa semalam (Jumaat) untuk tujuan merisik dan menghantar cincin tanda. Majlis merisik ini kami buat juga sebab ingin mengikut adat. Selain serahkan cincin, majlis merisik semalam juga membincangkan tentang tarikh perkahwinan. Hanya keluarga terdekat kedua belah pihak yang hadir,” ujar Yusry berkongsi cerita.

Sementara itu, Lisa mengakui yang dia tidak kisah dengan ketiadaan majlis pertunangan. Jelas bintang ‘Ombak Rindu’ ini, dia mahukan sebuah perkahwinan yang kasual sahaja.

“Bagi Lisa yang penting adalah majlis pernikahan. Sebab itu Lisa tidak mahukan majlis pertunangan. Kami mahukan sebuah perkahwinan yang berlangsung dalam suasana kasual. Lagipun, keluarga Abang (Yusry) telah pun datang merisik dan menghantar cincin tanda, jadi itu sudah memadai,” ujar Lisa berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pasangan ini juga tidak mahu masyarakat melabelkan majlis perkahwinan mereka sebagai wedding of the year kerana mereka merancangan sebuah majlis yang ringkas dan tidak terlalu mewah.

“Sebenarnya saya dan Lisa masih belum berbincang tentang majlis perkahwinan kami kerana saya pun baru menghantar cincin tanda semalam. Kami masih tidak tahu apa konsep majlis dan pakaian yang akan dipakai. Buat masa ini hanya lokasi majlis yang sudah ditempah. Bagaimanapun, kami mahukan sebuah majlis yang tidak terlalu mewah. Biar nampak ringkas dan elegan. Kami bukan hendak menunjuk-nunjuk,” ujar Yusry lagi.

Menjawab tentang desas-desus yang mengatakan stesen berbayar Astro mahukan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan dan persandingan mereka, Yusry memberitahu seandainya perkara itu berlaku, ia bukanlah tentang dia dan Lisa. Sebaliknya itu adalah hasil perbincangan pihak pengurusan mereka iaitu Metrowealth dan KRU Studios.

“Setakat ini belum ada kata putus yang dicapai. Semuanya masih dalam peringkat perbincangan. Saya serahkan perkara ini kepada pihak pengurusan. Seandainya kerjasama ini berlaku, ia bukanlah bermotifkan wang. Kami memang mengalu-alukan penajaan daripada mana-mana pihak yang berminat,” ujar Yusry ringkas.

Sidang media pagi tadi turut dihadiri oleh ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner, abang sulungnya, Norman Abdul Halimdan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo. via Portal GUA

Yusry Kru &Amp; Lisa Surihani

Yusry Kru &Amp; Lisa Surihani

Yusry Kru &Amp; Lisa Surihani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AC Mizal & Eizlan Yusof Dapat Gelaran Datuk

Suatu Malam Kubur Berasap Kutip RM580 Ribu