in ,

Abby Abadi Umum Sudah Nikah Di Instagram

Pada hari ini, Abby Abadi telah mengumumkan di Instagram miliknya yang dia sebenarnya dah 12 hari menjadi isteri kepada seorang jejaka yang sangat muda, okay! Memang muda terang tang tang lagi tu. Jelas terpancar di wajah Abby sinar kebahagian bersama suami barunya itu. Omg, dah lama betul kan Abby hidup sendirian (menjanda), kini sudah bertemankan seorang jejaka berperibadi mulia. Yelah, Budiey sekadar nampak di luar sahaja. Nampak baik dan suci je wajah suami Abby. Apa namanya ya?

[dropcap]A[/dropcap]bby juga meminta maaf kepada followers dan peminatnya yang dia lambat untuk memberitahu. Mungkin Abby ada alasannya sendiri untuk tidak mewar-warkan tentang majlis nikah yang berlangsung 7 Julai lalu. Mmmm… kacak tak suami Abby Abadi ni? Ada iras Norman Hakim sikit masa Norman muda kan?

Media pastinya tengah mendapatkan kenyataan rasmi dari mulut Abby Abadi ketika ini dan Abby Abadi telah pun buat pengakuan lisan!

“Ya memang betul saya sudah berkahwin.”

Majlis resepsi dan sanding akan diadakan selepas hari raya puasa nanti. Lokasinya pun belum ditetapkan.

Marilah sama-sama kita doakan semoga hubungan suci Abby dan suaminya kekal sehingga ke jannah. Amin.

Akhirnya terjawab sudah misteri siapakah jejaka yang gambarnya diletakkan dalam Instagram milik Abby beberapa hari lalu.

Selamat pengantin baru buat kalian. Tahniah dari Budiey.com!

Abby Abadi Selamat Nikah

Abby Abadi Selamat Nikah

Abby Abadi Selamat Nikah

abby abadi suami

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi. Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut.”

Okay, tak pe kita tunggu je lah!

abby abadi

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Safi Aidilfitri Sensasi Selebriti

Cerekarama Korban Kasih Lakonan Aiman Hakim Ridza