in ,

Abby Abadi Tidak Kisah Jika Norman Nak Kahwin Dengan Memey

Mungkin hati Abby dah remuk berkecai, mungkin Abby rasa sudah tidak ada harapan lagi untuk dipertaruhkan. Walaupun hati masih berkata sayang, walau jiwa masih lagi fikirkan soal masa depan anak-anak, tetapi hubungan bersama Norman Hakim sudah tidak ada makna dan erti lagi buat Abby Abadi untuk diteruskan.

Abby cakap dia tak kisah pun kalau Norman Hakim nak kahwin dengan Memey. Nak kahwin, kahwinlah… peduli apa kan? Doakan aje Norman bahagia dengan Memey. Mungkin itu pilihan terbaik buat Norman. Tetapi Budiey rasa Norman memang patut berikan ruang kepada Abby untuk terus bernafas dan lepaskanlaaahhh…

Lagu Harapan nyanyian Fazli Zainal mungkin sesuai untuk dijadikan lagu latar bagi drama ini.

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,

Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.

Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …

Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…

Abby: Tuntutan minta cerai tetap diteruskan
Oleh WAHIDA ASRANI (Mstar Online)

“Saya tidak berminat untuk tahu apa jadi dengan mereka. Nak kahwin, kahwinlah.” Demikian luah aktres popular Abby Abadi (gambar) ketika ditanya perasaannya berhubung kenyataan Norman Hakim bahawa dia tidak menolak untuk menjadikan Memey sebagai isteri keduanya.

Tegas aktres berusia 30 tahun itu, apapun yang terjadi, dia tetap akan meneruskan tuntutan cerai daripada suaminya itu secepat mungkin.

“Saya sudah nekad dan rasanya itu adalah keputusan yang tepat. Saya tidak mahu komen apa pun tentang hubungannya dengan Memey atau sebarang perancangannya.

“Yang penting, saya ingin dapatkan dokumen perceraian yang saya serahkan kepadanya kelmarin secepat mungkin. Saya tahu dia memang ‘liat’ sikit nak serahkan kembali kepada saya, tetapi saya akan tetap usaha dapatkan semula daripada dia,” tegas Abby yang akui sudah kembali tenang sejak adegan ‘serang’ suaminya di lokasi penggambaran drama Gerak Khas di Wangsa Maju, Kuala Lumpur kelmarin.

Kata ibu kepada tiga orang anak ini, dia akui kurang bersikap rasional pada hari kejadian, namun sebagai seorang isteri, kata Abby, tahap kesabarannya memang benar-benar tercabar dan turut tersinggung dengan kata-kata yang dikeluarkan Norman.

“Saya tidak mampu tahan emosi saya hari itu. Saya minta maaf, saya memang rasa bersalah.

“Tetapi perasaan bersalah itu untuk diri saya, bukan untuk dia (Norman). Apa yang saya luahkan hari itu sudah lama saya pendam dalam hati. Keluarga dan teman-teman rapat juga menyokong saya untuk teruskan niat saya ini. Saya cuma harap dia berikan kerjasama yang baik untuk selesaikan segera proses perceraian ini. Saya sudah tidak larat nak hadapi semua ini lagi,” kata Abby.

Dalam kenyataan terbaru kepada media, Norman akui tidak menolak ketentuan Allah jika ditakdirkan dia dan Memey bertemu jodoh dan sanggup menjadikan pelakon baru itu sebagai isteri keduanya.

Namun begitu, tegas pelakon berusia 32 tahun itu, dia sememangnya ketika ini masih menyayangi isterinya, Abby dan sentiasa berdoa agar rumahtangganya masih dapat diselamatkan.

Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan gagal memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Isnin lalu setelah dokumen yang dikemukakan tidak lengkap, antaranya termasuklah alamat tempat tinggal Norman bagi memudahkan urusan surat-menyurat mahkamah.

Pergolakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian ramai apabila tidak lama dulu Abby pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia seolah-olah tidak dipedulikan oleh Norman lagi, yang lama tidak pulang ke rumah sejak Ramadan lalu.

Namun, aktor itu menafikan hal tersebut ketika hadir pada majlis cukur jambul anak bongsunya kira-kira dua minggu yang lalu dan menegaskan bahawa dia tidak pulang ke rumah kerana sibuk di lokasi penggambaran, tetapi masih pulang beraya bersama keluarga pada Aidilfitri pertama sebelum balik semula ke lokasi pada hari raya kedua.

Norman juga ketika itu turut menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand tidak lama dulu dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Lebih memburukkan keadaan rumah tangga mereka ialah apabila Norman ditangkap khalwat bersama pelakon baru Memey pada awal Khamis lalu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Kerana Dosa Lakonan Erry Putra, Ros Iskandar

TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK SINBAD LAKONAN RAJA AZURA