in ,

Anak Terkait Dengan Kontroversi Isu Penyondol, Abby Abadi Akan Jawab

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menyatakan dia akan menjawab segala persoalan terhadap kontroversi yang dipercayai membabitkan anaknya.

Pelakon dan penyanyi Abby Abadi menyatakan dia akan menjawab segala persoalan terhadap kontroversi yang dipercayai membabitkan anaknya.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Abby dalam satu perkongsian di IG Story miliknya.

“Tentang Isu yang viral ini, takpa sila komen-komen dulu. Cari pahala ya… nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang ni,”

– Abby Abadi

Sebelum ini, seorang wanita mendedahkan mengenai kisah kecurangan yang membabitkan rumah tangga dan dikaitkan dengan anak kepada pasangan pelakon.

Biarpun tidak mendedahkan nama anak pelakon berkenaan, namun dipercayai individu yang dimaksudkan adalah anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi & Norman Hakim.

Dakwa wanita itu lagi, bekas suaminya itu dikatakan mempunyai hubungan dengan gadis berusia 18 tahun, malah pernah check in di hotel bersama-sama.

Gara-gara hubungan sulit berkenaan menyebabkan dia dan bekas suami telah berpisah, meskipun baru tiga tahun berumah tangga dan memiliki dua orang cahaya mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wanita Dedah Rumah Tangga Musnah, Anak Artis Jadi Penyondol

Masih Kunci Mulut, IG Norman Hakim Diserang! Pesan Suruh Jaga Anak