in , ,

Abang Jejak Rasul Suntik Inspirasi Buat Easwaran Peroleh Keputusan Cemerlang SPM 2020

Hari ini dalam sejarah buat adik Easwaran A/L Vasudavan, apabila berjaya memperolehi keputusan 9A dalam SPM 2020. Beliau menjadi tular apabila mendapat A+ dalam mata pelajaran Tasawwur! Lebih menarik kerana beliau menjadikan program-program keagamaan di TV3 dan TV9 sebagai panduan menghadapi peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut.

Keputusan cemerlang yang diterima terus dikongsikan kepada idolanya iaitu Abang Jejak Rasul, Fedtri Yahya. Terharu dan gembira dengan kejayaan Easwaran, seorang pelajar berbangsa India yang meminati Bahasa Melayu dan berkaitan agama, Fedtri terus kongsikannya menerusi laman sosialnya dan mendapat lebih dari 20 ribu likes dan 700 komen positif. 

Bagi adik Easwaran, situasi sekarang iaitu dengan PKP dan belajar menerusi maya bukan alasan untuk tidak mengulangkaji pelajaran. Malahan membuatkan beliau lebih fokus dan mencari alternatif lain untuk persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2020. Bukan mudah, ia cabaran yang perlu dirintangi dan bersyukur kerana Abang Jejak Rasul banyak membantunya memahami pelajaran yang diambil. Apatah lagi Jejak Rasul banyak memberi inspirasi kepada jawapan dalam Tasawwur tambahan pula dengan program lain seperti Halaqah dan Tanyalah Ustaz. Beliau amat berterima kasih dengan program-program tersebut yang banyak membantu beliau sepanjang Tingkatan 5 lalu. 

Abang Jejak Rasul Suntik Inspirasi Buat Easwaran Peroleh Keputusan Cemerlang Spm 2020
Easwaran

Untuk dikongsi bersama, “TANYALAH USTAZ ISTIMEWA: DOA UNTUK MALAYSIA” akan bersiaran di TV3 dan TV9 bermula esok, 15 Jun hingga 21 Jun 2021, pukul 6.30 pagi. Ia akan dimulakan dengan bacaan Yasin secara langsung selama 30 minit. Selesai bacaan Yasin, panelis akan Tadabbur atau mengupas kisah pengajaran ayat-ayat di dalam surah Yasin. 

Abang Jejak Rasul

Teruskan bersama kami di TV3 dan TV9 untuk program – program ilmiah dan dokumentari menarik! 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 dan TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joaquin Phenix Joker | 14

Netflix Geeked Week All The News & Sneak Peeks From Day 4

2Bic Solo | 15

“Berat Kena Lebih 100kg”- Ada Servis Sewa Orang ‘Chubby’ Di Jepun!