in

“Berat Kena Lebih 100kg”- Ada Servis Sewa Orang ‘Chubby’ Di Jepun!

Pelik tapi aneh.

Sebuah syarikat di Jepun ini pula telah menyediakan perkhidmatan sewa orang chubby, lapor Oddity Central. Dikenali sebagai Debucari, perkhidmatan ini dimulakan oleh Encik Bliss. Dia dapat idea untuk buat servis ni sebab dia pernah menghadapi masalah untuk dapatkan model plus-sized untuk jenama pakaiannya.

So, masalah berkenaan telah memberi inspirasi kepadanya untuk membuka syarikat agensi bakat khas untuk mereka yang chubby pada tahun 2017.

chubby

Servis ini mula menyewakan individu-individu chubby yang telah mendaftar di bawah agensinya untuk mana-mana pihak yang memerlukan perhidmatan itu bermula April lalu.

Mungkin korang tertanya-tanya, siapa je yang nak sewa?

Ha, difahamkan, servis ini sebenarnya sesuai untuk mereka yang nak hire model untuk baju atau jadi model iklan. Kalau saja nak sewa sebab nak berkawan pun boleh rasanya ni. 

Mereka juga tak boleh terasa hati dengan perkataan gemuk yang digunakan oleh syarikat tersebut.

*Sumber: Lobak Merah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Abang Jejak Rasul Suntik Inspirasi Buat Easwaran Peroleh Keputusan Cemerlang SPM 2020

Bekas Peserta Lagu Cinta Kita, Kini Naufa Lancar Single Pertama Berjudul PUKAU