in

Sean Diddy Cari Bakat dalam Making His Band

SIAPA PILIHAN DIDDY??
TARIKH SIARAN : 29 OGOS 2010
HARI SIARAN: AHAD
WAKTU SIARAN: 10.00 PM
GENRE: REALITI TELEVISYEN
TEMPOH: 1 JAM
EPISOD: 10
BAHASA: INGGERIS

Dia bukan sahaja seorang rapper tetapi juga pelakon, penerbit, serta pereka fesyen. Bergelar sebagai Juara Grammy Award sebanyak tiga kali, Sean “Diddy” Combs kali ini mencari bakat dan bintang baru dalam “MAKING HIS BAND”. Diddy dan rakan industrinya berkerjasama untuk menubuhkan kumpulan pelapis bagi mengiringi beliau untuk sesi jelajah “Last Train To Paris”.

l_bf82eaf61ab9402f9cf88a81194098ad

Dalam “MAKING HIS BAND”, Diddy menjelajah untuk mencari penyanyi, pemain dram, pemain guitar, dan pemain keyboard yang berbakat untuk menyertainya di atas pentas sebagai suara latar dan pemain muzik dalam konsert jelajahnya “Last Train To Paris”.

Saksikan segala gelagat dan hiburan dalam proses pencarian peserta dalam ujibakat yang sukar dan penuh drama ini yang bakal melahirkan bakat-bakat baru dan menjadikan kumpulan ini sebagai kumpulan pelapis Bad Boy.

Dalam pemilihan ini, Diddy dibantu oleh koreografer terkenal Laurie Ann Gibson, penerbit dan penulis lirik Om’Mas Keith, pencipta lagu Rob Lewis, pengarah muzik Nisan Stewart, dan bekas guru vokal kepada Michael Jackson, Romeo.

Ia kelihatan mudah, tapi jangan terpedaya! Peserta yang berjaya dalam pusingan do-or-die perlu berdepan dengan komen para juri yang pedas, tugas yang tiada kesudahan dan kritikan untuk membuktikan yang mereka mempunyai bakat, dan cita-cita untuk berjaya. Ini adalah kerana segala tangisan, drama dan tekanan setiap peserta akan mendorong mereka mencapai impian dan berkongsi pentas bersama peneraju hip-hop yang terkenal.

Saksikan 10 episod bersama Diddy dan panel juri mencari bakat baru dan memberi mereka peluang untuk memburu impian dalam “MAKING HIS BAND”. Saksikan bagaimana Diddy menghangatkan rancangan ini secara eksklusif di 8TV.

“Ini merupakan satu realiti TV yang baru – ahli muzik muda dengan bakat semulajadi, penari jalanan, setiap peserta menonjolkan skil unik masing-masing untuk mencapai peluang sekali seumur hidup!” ulas Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim. Tambah Kim, “semua ahli keluarga boleh terhibur dangan menonton rancangan ini!”

“MAKING HIS BAND” akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV, bermula pada hari Ahad, 29 Ogos 2010 jam 10.00 malam. 8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.

diddy-making-the-band-finale

makinghisband3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dance For Your Dream

Faizal Hussin, Jasmin Hamid dalam Drama Rendang Madu