in , ,

Awie Terkilan Bonus Untuk Filem HANTU KAK LIMAH Tak Setimpal

Jangan ingat untung buat filem ni boleh kasi duit bonus kat pelakon dan krew. Tak jugak. Duit keuntungan tu la nak pusing buat modal, ye tak? Tapi kalau untung banyak tu, apa salahnya kasi up sikit payment tu.

Memetik dari Portal Kopi Planet yang ditulis oleh Roni, pelakon dan penyanyi Datuk Awie mendedahkan perasaan terkilannya berhubung jumlah bonus yang diterima atas kejayaan filem Hantu Kak Limah yang mencecah kutipan RM38 juta.

Awie berkata, bonus yang diterimanya itu dirasakan kurang berbaloi berbanding dengan jumlah kutipan yang diraih filem berkenaan.

“Kalau ada sambungan filem ini, saya akan tanya dahulu siapa penerbitnya. Kalau masih penerbit yang sama, saya akan menolaknya.

Awie menerusi Rock Kapak di TV1

“Lagipun saya tak kisah watak itu saya dimatikan sahaja. Memang tidak ada pelakon yang bersuara, cuma saya seorang yang bangkitkan perkara ini dalam laman sosial,” ujarnya.

Awie berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang akhbar Dinner GIG 2018 FUFC The Fighters yang berlangsung di Bangi petang ini.

Tegasnya, dia bersuara terhadap perkara ini bukan untuk dirinya sahaja, tetapi untuk kesemua barisan pelakon dan kru filem berkenaan.

Ujarnya, dia sudah memaklumkan perkara ini kepada Mamat Khalid dan pengarah tersebut sudah memanjangkannya kepada pihak penerbit, Infinitus Gold, tetapi jawapan yang diterima agak mengecewakan.

“Saya tiada masalah dengan Mamat Khalid dan bersedia untuk terus berlakon filem di bawah arahannya. Cuma saya berasa agak terkilan perkara yang berlaku terhadap filem HKL ini.

“Bukannya saya tidak bersyukur dengan bonus yang diterima, tetapi ia langsung tidak berbaloi dengan kutipan dan keringat yang diberikan. Bayangkan, bonus untuk HKL sama seperti bonus yang diterima untuk filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dahulu, sedangkan filem itu sekadar mengutip RM8 juta sahaja,”

Itulah, kalau ya pun kasi la lebih sikit. Barulah semua orang puas hati.

Sumber: – KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Muat Naik Foto Lama Bukti Rita Rudaini Tiada Masalah Dengan Aidil Zafuan

Yang Gempak di Lazada 11.11 Super Show