in , ,

Muat Naik Foto Lama Bukti Rita Rudaini Tiada Masalah Dengan Aidil Zafuan

Ohh, sekarang baru faham, Rita dan Aidil takde masalah. Nak upload gambar dan kenangan lama pun tak kisah.

Melalui Portal Kopi Planet, pelakon Rita Rudaini mendedahkan tujuannya memuat naik gambar lama bekas suaminya, Aidil Zafuan Abd Radzak bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin, 9, dan Airit Qaqa Arjuna, 7, adalah untuk menepis dakwaan yang mengatakan dia mempunyai masalah dengan bekas suaminya itu.

Menurut aktres kelahiran Perlis itu, dia tidak bermasam muka mahupun bergaduh dengan Aidil seperti mana yang diperkatakan ramai pihak.

Muat Naik Gambar Lama Bukti Rita Tiada Masalah Dengan Aidil

“Itulah sebabnya saya muat naik foto itu di laman Instagram. Ramai pihak mempertikaikan yang saya menghalang Aidil daripada berjumpa anak-anak. Jadi saya nak buktikan kepada semua orang yang bermulut jahat yang kami tiada masalah dan saya tidak bergaduh dengan Aidil.

“Kalau Aidil nak jumpa anak-anak, saya lagi suka. Melihat keterujaan anak-anak yang meminati sukan bola sepak dengan begitu mendalam, saya nak bawa anak-anak melihat bapanya beraksi secara langsung,”

Rita ditemui pada acara peringkat separuh akhir pencarian Gadis Panca My Beauty 2018 yang berlangsung di Quill City Mall, Kuala Lumpur semalam.

Menurut Rita lagi, dia sememangnya menggalakkan anak-anaknya untuk bergiat aktif dalam bidang sukan bola sepak yang diminati mereka.

“Anak-anak tahu bapa mereka merupakan pemain bola sepak dan kalau ada perlawanan yang melibatkan bapa mereka, memang saya tidak halang anak-anak tengok malah saya pun tengok sekali.

“Saya bukanlah jenis kalau dah tiada apa-apa tu, langsung tak boleh nak tengok. Saya nak anak-anak bangga dan mengagumi bapanya sendiri berbanding mengidolakan pemain-pemain antarabangsa,” – Rita

Muat Naik Foto Lama Bukti Rita Tiada Masalah Dengan Aidil

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013. Sejak berpisah, kedua-dua anak berada sepenuhnya di bawah jagaan Rita. – KopiPlanet.com

Agak-agak korang, boleh buat macam tu?

Kredit foto: Instagram Rita Rudaini

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SEMAKIN Menang Lagu Terbaik SFMM33 Minggu Pertama

AWIE

Awie Terkilan Bonus Untuk Filem HANTU KAK LIMAH Tak Setimpal