in ,

Yang Gempak di Lazada 11.11 Super Show

Setelah dua minggu diwar-warkan oleh rakan-rakan media, malam ini merupakan malam kira turun fenomena festival beli belah atas talian terbesar 2018 Lazada. Apa yang menariknya acara tahunan ini?

Menampilkan barisan selebriti terkenal tanah air dan antarabangsa, Lazada mengundang seluruh warga negara mencipta fenomena bersama mereka dengan Lazada 11.11 Super Show, di Stadium Axiata, Bukit Jalil, malam ini di samping memenangi hadiah-hadiah menarik yang bernilai RM11 juta.

Lazada 11.11 Super Show

Sebuah Super Show Dalam Mengira Turun 11.11

Lazada 11.11 Super Show, sebuah program variasi yang dibarisi bintang terkenal yang bakal berlangsung hanya pada malam ini secara langsung di TV3 dan ntv7.

Penonton yang menonton program ini turut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam sesi permainan secara langsung dan memenangi pelbagai hadiah hebat, di samping menyaksikan persembahan yang menampilkan pelbagai gaya pertunjukan oleh selebriti tempatan dan antarabangsa terkenal. Terutamanya persembahan sebuah kumpulan Korea Selatan, KARD akan menutup tirai acara pada malam ini.

Dihoskan oleh Sherry Alhadad dan Haziq Hussni, program Lazada 11.11 Super Show ini akan dimulakan dengan persembahan pembukaan tarian oleh Flow Fever, diikuti dengan Aman Ra, SonaOne, dan Altimet. Persembahan akan diteruskan dengan barisan penyanyi hebat seperti Amy Mastura, Aiman Tino, Naim Daniel, Sarah Suhairi dan Haqiem Rusly sebelum penonton dihiburkan dengan sebuah sketsa oleh Kumpulan Bocey dan Wany Hasrita.

Selesai dengan sketsa itu, persembahan Lazada 11.11 Super Show akan diteruskan dengan persembahan ‘Supergirl’ oleh Defam sebelum diteruskan dengan permainan Berbalas Pantun Sunsilk bersama Maya Karin, Ropie Cecupak, Mark Adam, Ain Edruce, Syifa Melvin, dan Sarah Suhairi. Permainan itu akan diakhiri dengan persembahan lagu ‘Amaran Mama’ dan ‘Arjuna Mencari Cinta’ oleh Hazama dan Khai Bahar.

Lazada 11.11 Super Show

Hiburan Lazada 11.11 Super Show tidak terhenti disitu kerana para penonton akan berhibur bersama penyanyi antarabangsa, Cakra Khan dan sebuah segmen permainan bersama Drypers serta Khai Bahar, Ayda Jebat, Puteri Aishah, dan Redza Rosli.

Setelah itu, Lazada 11.11 Super Show akan membariskan Bunkface, Ziana Zain dan Ella sebelum persembahan penutup oleh kumpulan Kpop KARD.

Para penonton di arena dan di rumah yang menonton Lazada 11.11 Super Show ini juga akan menerima panggilan video daripada artis kegemaran mereka dan memperoleh satu peluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk dua buah kereta Volkswagen Beetle 1.2 TSI melalui permainan secara langsung di aplikasi Lazada ketika program ini berlangsung. Para penonton disarankan untuk sentiasa perhatikan aplikasi Lazada untuk berpeluang memenangi hadiah dan baucar istimewa daripada L’Oreal Paris, Carlo Rino, Philips, Lactogrow, Sunsilk, Drypers dan Xiaomi!

Lazada 11.11 Super Show

Lazada 11.11 Super Show ini juga boleh disaksikan secara strim langsung di saluran Youtube TV3 dan ntv7 serta aplikasi Lazada. Selain itu, acara karpet merah Lazada yang membariskan para selebriti juga berlangsung pada pukul 9.30 malam ini, satu jam sebelum Lazada 11.11 Super Show bermula, secara langsung di ntv7.

Selain itu, para penonton dijemput untuk menggunakan sebuah ciri khas yang dinamakan Shake It and Slash It dalam aplikasi mudah alih Lazada untuk mendapatkan potongan harga yang lebih rendah dari biasa!

Saksikan Lazada 11.11 Super Show untuk sebuah pengalaman hiburan baharu dan selami satu pengalaman beli belah atas talian yang hebat bersama Lazada pada 11 November 2018.

Kunjungi www.lazada.com.my dan laman media sosialnya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Beli-belah Lazada 11.11! Layari juga laman sesawang www.xtra.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Lazada 11.11 Super Show ini serta gunakan tanda pagar #MYLazada1111 untuk menghangatkan perbualan di media sosial anda.

Lazada 11.11 Super Show

Lazada 11.11 Super Show

Lazada 11.11 Super Show

Lazada 11.11 Super Show

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie Terkilan Bonus Untuk Filem HANTU KAK LIMAH Tak Setimpal

Kpoppers Puji Sarah Suhairi di LAZADA 11.11 SUPER SHOW