in ,

Gambar Disalahguna, Zulin Aziz Mahu Saman

Jangan main-main dengan Zulin… Haaa… kalau tidak ada lantikan menjadi duta produk dan influencer tapi tiba-tiba guna gambar tanpa izin… ini yang sebaiknya.

Memetik laporan dari Harian Metro, pengacara Zulin Aziz memberi amaran dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang sesuka hati menggunakan gambarnya sebagai testimoni produk kurus.

Zulin, 28, berkata, dia mendapat tahu ada pihak yang menggunakan gambarnya tanpa kebenaran di media sosial, baru-baru ini bagi mempromosikan produk kurus mereka.

Zulin Aziz Pic

“Sebenarnya sudah beberapa kali saya terkena. Nasib baik ada rakan terdekat yang melaporkan penyalahgunaan gambar saya itu.

“Sudah berkali-kali saya memberi amaran, namun perkara itu masih berulang. Mereka ingat saya mudah diambil kesempatan hanya disebabkan saya memaafkan perbuatan itu.

“Bagaimanapun, saya nekad akan memfailkan saman terhadap pihak yang cuba mengambil kesempatan selepas ini. Sebenarnya saya malas naik turun mahkamah untuk kes sebegini tapi mereka perlu diberi pengajaran.”

Menurut Zulin, dia tidak mahu salah faham berlaku apabila gambarnya dipergunakan apatah lagi dia sendiri terikat dengan jenama produk.

“Apabila ada pihak yang mengambil kesempatan, orang ramai akan keliru dan ingatkan testimoni itu benar. Padahal, setakat ini saya cuma mengamalkan pengambilan satu produk yang saya percaya saja.

“Selain mengambil produk itu, saya juga bersenam pada masa sama dan bukan setakat kurus disebabkan produk saja,”

Jangan main-main dengan Zulin… Haaa… kalau tidak ada lantikan menjadi duta produk dan influencer tapi tiba-tiba guna gambar tanpa izin… ini yang sebaiknya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penampilan Masya Masyitah Perform Lagu HALIMUNAN Dikecam

Jom Simpan Bersama Tabung Pendidikan di TV Hijrah