in

Apa Itu MaxisONE Kid?

Maxis menjadikannya lebih mudah bagi ibu bapa untuk terus berhubung dengan anak-anak mereka dengan MaxisONE Kid, satu pelan pascabayar direka khas yang dilengkapi dengan telefon pintar khas untuk kanak-kanak. Menggunakan jam tangan MaxisONE Kid, ibu bapa boleh memantau lokasi anak-anak mereka dan berkomunikasi dengan mereka secara mudah walaupun anak-anak mereka tidak memiliki telefon pintar.

Photo 1

Ketahui Apa Itu MaxisONE Kid?

[dropcap]S[/dropcap]atu ciri istimewa yang terdapat dalam jam MaxisONE Kid adalah fungsi GPS, yang dapat membantu mengesan dan menghantar lokasi dan pergerakan masa nyata kanak-kanak ke sebuah aplikasi yang terdapat pada telefon pintar ibu bapa.

Aplikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk menguruskan senarai kenalan anak mereka, menetapkan amaran untuk dihantar apabila kanak-kanak memasuki zon selamat dan berbahaya, menghantar mesej teks, membuat panggilan dan menerima gambar yang diambil dari jam pintar kanak-kanak.

Kanak-kanak tanpa telefon pintar kini boleh terus berhubung dengan ibu bapa mereka dengan MaxisONE Kid

[dropcap]A[/dropcap]plikasi ini juga membolehkan ibu bapa untuk “matikan” fungsi panggilan dan berbual semasa waktu sekolah untuk memastikan tiada gangguan semasa kanak-kanak berada di sekolah. Aplikasi ini juga memaparkan hayat bateri jam tangan pintar dan juga bilangan langkah yang diambil oleh kanak-kanak tersebut pada siang hari.




[pullquote align=“left”]Pelan pasca bayar MaxisONE Kid dilengkapi dengan jam pintar khas untuk kanak-kanak, data, panggilan tanpa had dan pesanan suara.[/pullquote]

Telefon pintar ini juga dilengkapi dengan GPS, membolehkan ibu bapa memantau lokasi dan pergerakan anak dalam masa nyata. Ditawarkan pada harga RM58 sebulan dan terbuka kepada semua pelanggan Pelan MaxisONE

“Kebanyakan kanak-kanak kecil tidak memiliki telefon pintar, dan ini menyebabkan terdapatnya jurang hubungan antara mereka dan ibu bapa mereka. Akan adanya masa dalam satu hari apabila kanak-kanak itu jauh daripada ibu bapa mereka, sama ada apabila mereka di sekolah atau sedang bermain dengan kanak-kanak lain. Selaras dengan rancangan kami untuk terus memperkenalkan penyelesaian yang bermakna khas untuk keluarga, MaxisONE Kid menyediakan ibu bapa dengan ketenangan fikiran, kerana anda tahu bahawa walaupun anak-anak anda tidak berdekatan, anda masih akan terhubung dengan mereka. Dan ini semuanya dibolehkan oleh liputan rangkaian terkemuka Maxis,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Dengan MaxisONE Kid, anda akan menikmati:

1. Pengesanan pintar – Laporan lokasi masa nyata yang tepat dan sejarah lokasi anak-anak anda. Anda juga boleh melaraskan kekerapan lokasi anak anda dikemaskini dalam peta.

2. Panggilan tanpa had – Buat panggilan tanpa had ke 10 nombor pilihan anda pada mana-mana rangkaian. Ini membolehkan ibu bapa untuk mengawal nombor yang boleh ditelefon oleh anak mereka dan siapa yang boleh menelefon anak mereka.

3. Keselamatan pintar – Mod mendengar jauh (keupayaan untuk mendengar persekitaran anak anda) dan fungsi panggilan SOS satu sentuhan sekiranya berlaku kecemasan.

4. Ciri-ciri tambahan yang menarik – Fungsi panggilan dua hala dengan kamera 0.3MP dan pedometer yang sudah terbina dalam telefon tersebut.

5. Kongsi penjagaan – Tetapkan sehingga 4 penjaga yang boleh memantau lokasi kanak-kanak.

Untuk maklumat lanjut dan untuk mengetahui di mana anda boleh mendaftar untuk MaxisONE Kid, sila layari www.maxis.com.my/onekid

tvc_end_frame_r6

tvc_end_frame_r6

tvc_end_frame_r6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Sensasi Smule Khai Bahar Meriahkan Jajahan Gegar Pahang

Yang Enjoynya Bila Dapat Beli Samsung SMART TV