in ,

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Nasyid IKIMFM 2014

Baru sahaja selesai berlangsung pada malam tadi, Anugerah Nasyid IKIM FM (ANI 2014) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Putrajaya dalam suasana yang cukup sederhana tapi tetap meriah. Seingat Budiey, ini adalah kali pertama Budiey buat liputan untuk anugerah nasyid dan terima kasih kepada IKIM FM yang menjemput Budiey.com. Setidak-tidaknya, anugerah sebegini dapat menjadi platform untuk memartabatkan irama nasyid dan lagu-lagu ketuhanan di negara kita dan Budiey harapkan ianya terus diadakan setiap tahun.

Semalam, Budiey ke PICC bersama kumpulan Al-Manna dan mereka juga bermurah hati telah menaja jubah berkonsepkan tradisional songket untuk Budiey gayakan pada malam tersebut. Terima kasih Al-Manna.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Nasyid IKIM FM 2014

Untuk recap kembali, berikut ini Budiey imbas kembali senarai nama pemenang Anugerah Nasyid IKIM FM yang dihoskan oleh Amin Idris dan Heliza Helmi.

Juara Nasyid Terbaik: Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

Naib Juara : Seiring Sehaluan : (UNIC)

Ketiga : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)

Lirik Terbaik : Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar)

Vokal Terbaik : Daqmie (Tangis Sebatang Tamar)

Persembahan Terbaik : Mawi & Dato’ AC Mizal (Al-Haq…Yang Satu)

Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta : Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta : Kasih Padamu ( Hafiz Hamidun)

Artis Nasyid Baru Terbaik : Kumpulan Du’a

Lagu Pilihan Pendengar : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)

Artis Solo Pilihan Pendengar : Hafiz Hamidun

Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar : Kumpulan Nowseeheart

Sebagai pembukaan penyanyi terkenal Datuk Hattan dan Tomok tampil mengadakan persembahan pembukaan menerusi lagu Kau Yang Satu dan Bila Tiba. Manakala untuk persembahan penutup pula dihangatkan dengan persembahan Hazama, Alif Satar dan Noh Salleh.

Budiey ucapkan tahniah kepada lagu yang dihasil tulisan Ito Lara nyanyian Daqmie berjudul Tangis Sebatang Tamar yang telah muncul sebagai Juara Nasyid Terbaik Anugerah Nasyid Ikim FM 2014. Kemenangan berganda apabila lagu yang ditulis berdasarkan kisah benar itu turut berjaya membawa pulang trofi bagi kategori Lirik Terbaik. Lebih manis lagi apabila Daqmie turut membawa pulang trofi vokal terbaik pada malam itu. Rata-rata berpuas hati dengan kemenangan ini memandangkan vokal Daqmie memang tiada tolak bandingnya pada malam itu. Vokal terbaik kedua yang Budiey rasa menjadi saingan kepada Daqmie ialah Halim Ahmad, vokalis kumpulan Devotees yang kini mahu aktif secara solo.

Daqmie berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 berserta pakej umrah, penapis air kalsium berkolagen, baucer buku dan trofi yang kesemuanya bernilai RM40,000.

Naib juara pula menjadi milik kumpulan UNIC menerusi lagu Seiring Sehaluan dan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta hadiah bernilai RM30,000 iaitu pakej umrah, penapis air kalsium berkolagen, baucer buku dan trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Hafiz Hamidun menerusi lagu Kasih Padamu dan berjaya membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta hadiah sampingan iaitu pakej penginapan hotel, baucer buku dan trofi bernilai RM20,000.

Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Datuk AC Mizal dan Mawi menerusi lagu Al Haq Yang Satu.

Sementara itu, Hafiz turut memenangi tiga trofi pilihan pendengar Ikim FM iaitu Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta dan Lagu Pilihan Penengar menerusi lagu Kasih Padamu selain Artis Solo Pilihan Pendengar.

Manakala Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta dimenangi lagu Tangis Sebatang Tamar nyanyian Daqmie.

Artis Baru Terbaik pula dimenangi oleh kumpulan Du’a dan Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar dimenangi oleh Nowseeheart.

Semua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,000 serta trofi dan baucer buku bernilai RM1,000.

Nak ucapkan tahniah kepada @unicnasyeed yang berjaya dinobatkan sebagai naib juara menerusi lagu SEIRING SEHALUAN, sebuah lagu bertemakan persahabatan Rasullullah SAW.  Wah, dapat bawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta hadiah bernilai RM30,000 iai

Kumpulan nasyid @almanaofficial bersama @hafizhamidun, pemenang ketiga menerusi lagu Kasih Padamu & juga lagu Jodoh Berdua yg turut menang di Anugerah Nasyid IkimFM yg berlangsung di PICC Putrajaya semalam. @ikimfm  1) Anugerah Lagu Paling Lama Bertahan D

Tahniah Daqmie, semalam tercatit sejarah manis dalam karier seni beliau menang tempat pertama juara Anugerah Nasyid IkimFM menerusi lagu TANGIS SEBATANG TAMAR ciptaan lirik dari Ito Lara. Tahniah buat orang Pantai Timur. Seronok menemubual Daqmie yang cuk

Kami satu team. Red Team. Bersama Ahmad Fedtri Yahya pencipta lirik lagu Kasih Padamu yang bertanding sebagai finalis dalam Anugerah Nasyid Ikim FM.  Kami skrg berada di PICC PUTRAJAYA bagi menghadiri Anugerah Nasyid IkimFM (ANI). Malam ni Budiey menggaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selamat Hari Jadi Ke-36 Tahun Dato’ Siti Nurhaliza

Aksi Gadis Bertudung Dipeluk Kumpulan K-Pop Jadi Viral