in

Majlis Penghargaan & Penyampaian Hadiah Anugerah Nasyid IKIMFM 2014

Tanggal 10 Februari 2015 (Selasa) jam 2.30 petang, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan mengadakan majlis penghargaan dan penyampaian hadiah Anugerah Nasyid IKIMfm bertempat di Dewan Rebana, Grand Bluewave Hotel Shah Alam.

Budiey.com turut mendapat jemputan untuk menghadiri event ini dan difahamkan YBhg. Datuk Nik Mustapha bin Haji Nik Hassan, Ketua Pengarah IKIM akan menyempurnakan majlis. Majlis ini diadakan bagi meraikan dan menghargai penaja-penaja dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Anugerah Nasyid IKIMfm 2014 (ANI 2014). Pastinya, semua pemenang tak sabar datang nak collect checque dah hadiah, kan?

Tahniah kepada semua pemenang. Bestnya dapat hadiah! Jangan lupa belanja Budiey, hokkay?

Kumpulan nasyid @almanaofficial bersama @hafizhamidun, pemenang ketiga menerusi lagu Kasih Padamu & juga lagu Jodoh Berdua yg turut menang di Anugerah Nasyid IkimFM yg berlangsung di PICC Putrajaya semalam. @ikimfm  1) Anugerah Lagu Paling Lama Bertahan D

Untuk recap kembali, berikut ini Budiey imbas kembali senarai nama pemenang Anugerah Nasyid IKIM FM yang dihoskan oleh Amin Idris dan Heliza Helmi.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Nasyid IKIMFM 2014

Juara Nasyid Terbaik: Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

Naib Juara : Seiring Sehaluan : (UNIC)

Ketiga : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)

Lirik Terbaik : Ito Lara (Tangis Sebatang Tamar)

Vokal Terbaik : Daqmie (Tangis Sebatang Tamar)

Persembahan Terbaik : Mawi & Dato’ AC Mizal (Al-Haq…Yang Satu)

Lagu Paling Banyak Menjuarai Carta : Tangis Sebatang Tamar (Daqmie)

Lagu Paling Lama Bertahan Dalam Carta : Kasih Padamu ( Hafiz Hamidun)

Artis Nasyid Baru Terbaik : Kumpulan Du’a

Lagu Pilihan Pendengar : Kasih Padamu (Hafiz Hamidun)

Artis Solo Pilihan Pendengar : Hafiz Hamidun

Artis Duo/Berkumpulan Pilihan Pendengar : Kumpulan Nowseeheart

Tahniah Daqmie, semalam tercatit sejarah manis dalam karier seni beliau menang tempat pertama juara Anugerah Nasyid IkimFM menerusi lagu TANGIS SEBATANG TAMAR ciptaan lirik dari Ito Lara. Tahniah buat orang Pantai Timur. Seronok menemubual Daqmie yang cuk

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johnny Depp Kahwin Dengan Amber Heard

Sinar FM Bakal Berwajah Baru & Lebih Kontemporari?