in

Najwa Latif & Sleeq di Dikir Aidilfitri Sungei Wang Plaza

[dropcap]U[/dropcap]ntuk sambutan Hari Raya yang akan datang, Najwa Latif dan Sleeq akan menjadi artis undangan khas ada Majlis Perasmian dan Berbuka Puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza pada 17 Julai 2013. Kedua-dua Najwa dan Sleeq akan mempersembahkan lagu terkini mereka dan juga beberapa lagu Raya serta berbuka puasa dengan tetamu jemputan khas dari Rumah Amal Limpahan Kasih Puchong yang terdiri daripada 40 anak-anak yatim remaja.

Artis muda Johor, Najwa Latif mungkin hanya berusia 18 tahun tetapi beliau telah mecapai begitu banyak dalam industri muzik dan telah dibuktikan sebagai artis kegemaran di kalangan peminat tempatan dan antarabangsa dari Singapura dan Indonesia. Artis muda dan berbakat ini yang berasal dari Batu Pahat, Johor suka mengarang lirik lagu dan memasukkan video lagunya dalam Youtube. Beliau menajdi popular apabila lagu beliau ‘Cinta Muka Buka’ berjaya ke Pusingan Separuh Akhir Muzik-Muzik 26. Beliau kini telah mengeluarkan album mini bertajuk Najwa Latif.

[pullquote align=”right”]Artis Muda Johor, Najwa Latif dan Kumpulan Singapura, Sleeq bakal persembahan khas di Majlis Perasmian dan Berbuka Puasa Dikir Aidilfitri di Sungei Wang Plaza pada 17 Julai 2013. Lagu debut popular “Untuk Dia” gabungan Najwa dan Sleeq dituju khas kepada keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang[/pullquote]

Album beliau bertajuk, Najwa Latif telah mencapai tahap tertinggi di carta muzik Era Radio dan Radio Hot. Lagu-lagu lain yang popular termasuk ‘Untuk Dia’, ‘Kosong’, ‘Adamu’ dan ‘Sahabat’. Beliau telah dicalonkan untuk beberapa anugerah seperti Artis Asia Paling Popular , Anugerah Bintang Popular Berita Harian pada tahun 2012 dan juga Artis Wanita Stailo. Genre lagu Najwa adalah lebih ke arah pop, rock lembut dan R & B.

Pencapaian terbesar besar adalah gabungan duet dengan kumpulan lelaki, Sleeq dari Singapura. Lagu mereka, ‘Untuk Dia’ telah diberi penilaian yang tertinggi dan memecah rekod “13million views” di Youtube. Single terbaru beliau bertajuk ‘Adamu’ yang dihasilkan pada tahun 2013 tahun ini telah digunakan sebagai lagu tema untuk drama tempatan, ‘Setia Hujung Nyawa’

Kumpulan lelaki, SLEEQ yang terdiri daripada dua anggota lelaki dari Singapura yang popular untuk genre R & B dan lagu-lagu Hip-Hop turut akan membuat persembahan bersama Najwa pada musim Raya ini. Syarif adalah penyanyi utama kumpulan manakala Alyph adalah ‘rapper’. Lagu terkenal mereka adalah ‘PIlihan Aku’, ‘Cun Saja’, ‘Sembunyi’ dan ‘Moviestar’. SLEEQ telah bekerjasama dengan Najwa Latif dalam lagu popular; ‘Untuk Dia’ yang merupakan suatu kejayaan lagu rekod yang mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan dan antarabangsa.

Kedua-dua Syarif dan Alyph merupakan saudara sepupu yang berumur dalam pertengahan dua puluhan. Mereka memulakan kerjaya muzik mereka zaman awal remaja dan telah menyambung pelajaran pendidikan tinggi mereka di Temasek Polytechnic, Sinagpore. Mereka amat mengagumi artis terkenal seperti Michael Jackson, JayZ dan Craig David atas kemasyuran mereka dalam bidang muzik.

Najwa Latif

Sleeq juga telah bekerjasama dengan Aaron Aziz untuk menghasilkan sebuah lagu tema bertajuk ‘Salam Semua’ yang digalakkan dalam album ketiga Sleeq. Ini duo berbakat mempunyai rancangan untuk terus mempromosikan muzik mereka dan mempunyai lebih banyak kerjasama dengan artis lain dari Malaysia seperti Awie.

Menurut KK Lim, Pengurus Kanan, Pemasaran dan Komunikasi Sungei Wang Plaza, konsep Dikir Aidilfitri adalah untuk meraikan Musim Perayaan dengan cara yang menyeronokkan dan merdu dengan persembahan bertenaga Dikir Barat, Pertunjukan Fesyen Busana Muslimah dan Pertandingan Dikir Barat. Beliau menambah, “Untuk majlis pelancaran Raya ini, kami amat teruja untuk mempunyai Najwa dan Sleeq sebagai artis jemputan kami kerana mereka begitu terkenal dan saya amat yakin anak-anak muda jemputan khas kami akan rasa gembira dan seronok kerena dapat melihat artis menyanyi secara “LIVE” di samping dapat berhibur dengan mereka untuk berbuka puasa. “.

Bersempena dengan sambutan Aidilfitri Dikir dari 17 Julai – 11 Ogos 2013, pelbagai aktiviti menarik telah dirancang yang termasuk Persembahan Dikir Aidilfitri oleh Kumpulan Pak Ngah iaitu Swatari Troupe pada 8.30pm pada 19, 20,21,26,27,28 Julai 2013 & 2,3,4,10 & 11 Ogos 2013, Peragaan Fesyen Busana Muslimah pada 2.30pm pada 20, 21 & 28 Julai 2013, Pertandingan Dikir Barat pada 2pm pada 27 Julai 2013 dan Bazar Aidilfitri pada 18 Julai – 7 Ogos 2013.

SleeQ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Kampung Girl Lakonan Akim Ahmad & Nad Zainal

Konsert One Republic Live In Malaysia