in , ,

Setahun Berehat, Azhan Rani Kembali Derma Darah Plasma Kali Ke-50

Baru-baru ini, pelakon Azhan Rani memuat naik perkongsian meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menderma darah plasma selepas setahun tidak dapat berbuat demikian akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Menerusi perkongsian dimuat naik di Instagram itu, Azhan berkata itu merupakan kali yang ke-50 dia menderma darah plasma buat mereka yang memerlukan.

“Saya kembali. Alhamdulillah hari ini dengan izin Allah SWT, saya kembali menjadi penderma apheresis (istilah penderman darah plasma). Hari ini genap beg ke-50. Lama tak sedut darah.

“Nak berkongsi sedikit info, penderma darah warna begini (putih) dipanggil penderma apheresis. Warna darah tidak merah sebab ini adalah darah plasma. Dalam darah merah ada darah plasma dan platelet,” tulisnya.

Lebih menghiburkan, Azhan sempat berseloroh mengatakan darahnya itu terlebih dahulu akan mengembara sehingga ke Australia sedangkan dia tidak pernah lagi sampai ke negara tersebut.

“Darah plasma ini akan terbang ke Australia untuk diproses. Merasa darah aku pergi sana (Australia). Aku pun tak pernah sampai lagi. Setakat Arau, Perlis tu adalah juga dua tiga kali dah sampai.

“Hari ini dapat jadi penderma apheresis semula selepas setahun berehat. Insya-Allah saya akan menderma setiap selang dua minggu,” tulisnya.

Dalam entri itu juga, Azhan turut menyeru pada mereka yang di luar sana yang sihat tubuh badan supaya menderma darah buat mereka memerlukan serta untuk kesihatan.

“Bagi mereka yang sihat dan layak, marilah sama-sama menderma darah. Menderma darah bukan sahaja membantu mereka yang memerlukan, tetapi juga sangat bermanfaat untuk kesihatan anda sendiri,” tulisnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Zamani Dakwa Penganjur Konsert Bawa Lari Lesapkan Duit Tiket

MEERQEEN

Modus Operandi Taruhan Meerqeen Untuk Tawan Pasaran Indonesia