in , ,

Isteri Zamani Dakwa Penganjur Konsert Bawa Lari Lesapkan Duit Tiket

Isteri kepada penyanyi Zamani, Nur Juliana Abd Rani baru-baru ini ada meluahkan rasa terkilan di status WhatsApp di mana dia mendakwa suaminya itu tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani pada 30 September lalu.

Kata Juliana, dia berasa sedih kerana ada pihak cuba untuk mengambil kesempatan di atas kesusahan suaminya, dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.

Aku ni hanya ada dia je dalam hidup aku tau. Apa dosa dia sampai korang tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

– Juliana

Dakwa Juliana lagi, Zamani tidak mendapat sebarang bayaran persembahan dan ada pihak tertentu telah membawa lari wang hasil daripada kutipan konsert tersebut.

Kesian laki aku satu sen pun tak dapat. Tapi dia dapat hidu dari awal dah. Tapi jangan ingat boleh terlepas. Aku lagi bijak dari korang.

– Juliana

Manakala penganjur konsert tersebut, Aalan Ahmad tampil menjelaskan bahawa perkara tersebut telah pun diselesaikan secara baik bersama Zamani pada Sabtu lalu.

Ujarnya, dia berasa terkejut apabila mengetahui tindakan Juliana itu dan memaklumkan bahawa pihak mereka telah menjelaskan semuanya mengenai tiket yang tidak terjual.

Saya dah berjumpa Zamani Sabtu lalu dan menjelaskan semuanya. Saya pun ajak dia pergi kepada pihak penjual tiket.

Saya kata kita datang bersama dan akan tahu berapa jumlah tiket dijual. Saya dah jelaskan semua pembayaran berkaitan dan untung hanya lebih RM4,000 sahaja.

“Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,”

– Juliana

Kata Aalan lagi, Zamani menerima baik berita itu dan turut meluahkan kekesalan tentang kenapa perkara itu masih berbangkit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ROSSA

Rossa Pakai Baju RM235,000 Untuk Konsert di Malaysia Malam Ini

AZHAN RANI

Setahun Berehat, Azhan Rani Kembali Derma Darah Plasma Kali Ke-50