in , ,

Ganti Noraniza Idris di SFMM36, Amsyar Lee

Penyanyi baharu, Amsyar Lee dipilih untuk menggantikan Noraniza Idris menerusi lagu Intan Payung yang dinyanyikan bersama Bunga pada Separuh Akhir Muzik Muzik 36 (SFMM36) malam tadi.

Noraniza ketika ini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Bagaimanapun, kemunculan Amsyar itu mendapat kecaman netizen yang mengkritik persembahannya.

“Saya terima segala kecaman, tapi saya tak ambil serius dengan perkara itu kerana sebelum ini saya pernah kena lebih teruk lagi.

“Sebenarnya, lagi banyak perkara positif yang datang, jadi saya tak harus memandang kepada yang negatif sahaja. Perkara yang positif lebih banyak dan saya sangat terharu dengan semua yang memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Mengakui gementar menggantikan Noraniza, Amsyar mencuba sehabis baik untuk menyampaikan lagu Intan Payung.

“Saya dapat tahu saya kena gantikan Kak Ani dua minggu lalu. Pada awalnya saya rasa sangat takut nak ganti Kak Ani, saya sudah beritahu pihak syarikat rakaman, Warner Music yang saya berasa sangat gementar, mungkin saya tak dapat buat yang terbaik.

“Tapi Alhamdulillah, saya rasa berpuas hati dengan persembahan saya biarpun ada kesalahan-kesalahan yang dilakukan pada persembahan sebentar tadi. Saya pun mahu kekalkan rasa enjoy atas pentas sebab saya tak mahu stress. Jadi saya enjoy dan banyak tersenyum,” katanya.

Persaingan 18 lagu pada SFMM36 berlangsung malam tadi dan baki 12 lagu akan bertanding pada malam ini, 1 Januari 2022.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, 12 lagu akan mara ke pentas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siaran Langsung Muzik Muzik 36 Separuh Akhir Pada 31 Disember 2021 & 1 Januari 2022

Adib Zahar Optimis Buka Tirai 2022, Lancar Single ‘Waktu’ Di Tahun Baru