in , ,

Siaran Langsung Muzik Muzik 36 Separuh Akhir Pada 31 Disember 2021 & 1 Januari 2022

Spekulasi dan teka teki lagu manakah yang bakal berentap di AJL 36 bakal terjawab pada 1 Januari 2022 selepas kelangsungan pusingan separuh akhir untuk program Muzik Muzik 36 nanti. 30 buah lagu akan bersaing di Muzik Muzik 36 Separuh Akhir pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022 secara siaran langsung dari Studio 1 Glenmarie, Shah Alam.

Muzik Muzik 36 Separuh Akhir dimeriahkan oleh NOIR Where Beauty Blossom sebagai penaja utama. Dihoskan oleh Alif Satar dan Sissy Imann, episod 1 bakal menyaksikan 18 buah lagu untuk bertanding manakala episod 2 akan mempertandingkan 12 buah lagu. Kesemua lagu itu akan dinilai oleh barisan juri profesional. 

Para peminat muzik tanah air juga boleh mengundi lagu kegemaran mereka (Lagu Pilihan Penonton) dalam kedua-dua episod separuh akhir ini dengan mengimbas QR Code yang tertera sewaktu siaran langsung. Lagu Pilihan Penonton akan diumumkan pada 1 Januari 2022. 

Syamel _ Ernie - Goodbye Hello (1)

Nantikan persembahan istimewa di kedua-dua episod ini daripada penyanyi-penyanyi hebat tanah air seperti Estranged, Muss, Drama Band, Margaswata, Zynakal, Asyraf Nasir, Lia Aziz, dan juara Lagu Cinta Kita Musim Ketiga iaitu Syafeek dan Zazo. 

Untuk makluman, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bertanding di pusingan separuh akhir. 

31 Disember 2021, 9.00 malam – 12.05 tengah malam

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
CINTA JANGAN PERGIAZZAM SHAMASFAN SHAHASFAN SHAH & FEDTRI YAHYA
CORETAN PILUDATO’ AWIEIKHWAN FATANNA & WAN SALEHIKHWAN FATANNA & FEDTRI YAHYA
LENYAPUSOPA’A, ROMAL, KARIM KARAM & MIKE CHANA’A, ROMAL, KARIM KARAM & MIKE CHAN
MIMPIHAQIEM RUSLIHAQIEM RUSLI & DATO A.AIDAHAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA
PURNAMANAIM DANIELAMZAR RAZQA & NAIM DANIELAMZAR RAZQA
SALAHKUYONNYBOIIYONNYBOIIYONNYBOII
SEPIAINA ABDULAINA ABDULAINA ABDUL & WAN ZAKARIA
TETAP AKU CINTAARA JOHARIAMY BONG, NAHRUF & MFMFAMY BONG & ARA JOHARI
CINTAMARSHA MILANBUNGA CANTIK & HANG NADIMHANG NADIM
DURJAKHAI BAHARIQIE HUGH, OMAR K & KHAI BAHARIQIE HUGH,OMAR K & KHAI BAHAR
KARMAKAKA AZRAFF & JAZ HAYATFAROUK ROMANAISHAH RETNO
GOODBYE HELLOSYAMEL & ERNIE ZAKRIERNIE ZAKRI, SYAMEL, FAIZAL TAHIR & MIKE CHANERNIE ZAKRI, SYAMEL, FAIZAL TAHIR & MIKE CHAN
BONEKAERNIE ZAKRIOMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMATOMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT
BAGAIMANAMUNA SHAHIRAH & ZACK ZAKWANGOUFFRAN & SANG HITAMGOUFFRAN & SANG HITAM
LAUTAN ASMARAKUGIRAN MASDOALI SARIAHALI SARIAH
ADLINA MARIEHAQIEM RUSLIHAQIEM RUSLI, IBNU & EZRA KONGHAQIEM RUSLI, IBNU & EZRA KONG
INTAN PAYUNGNORANIZA IDRIS & BUNGALUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQABUNGA & SIQMA
ANGKARASITI NORDIANASHARON PAULFEDTRI YAHYA & NANA ALIAS

1 Januari 2022, 9.00 malam – 11.30 malam

LAGUPENYANYIKOMPOSERPENULIS LIRIK
BUJANGHAEL HUSAINIHAEL HUSAINI / MFMFHAEL HUSAINI / MFMF
CHIKADUNFLOOR 88ZAI HAMZAHACHOI FLOOR 88
PENATANDI BERNADEENURIMAN, ANDI BERNADEE, EFRY ARWISNURIMAN
RINDU SEPARUH NYAWANAQIU & VANESSANAQIU, WIT & MOHSENSITI ROSMIZAH
CINTA KHAYALANWANY HASRITABERLINTOKYO ANGKASA
TANPA RELAMISHA OMARMISHA OMAR & SZE WANMISHA OMAR, SLEN FADZIL & ZUL HUSNI
AEWOSHIHA ZIKIR FT NOKIEZRA KONGEZRA KONG & NOKI
NAFAS CINTAKHAI BAHAR & AINA ABDULKHAI BAHAR & AINA ABDULAINA ABDUL & WAN ZAKARIA
NERACAKMY KMO, LUCA SICKTA & DATO’ JAMAL ABDILLAHKMY KMO & LUCA SICKTAKMY KMO & LUCA SICKTA
TEMANIMAN TROYEEZRA KONG &  A. RAMLEEEZRA KONG &  A. RAMLEE
LARAHAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLIHAEL HUSAINI & MFMFHAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiara Andini | 20

Setelah Lama Berjuang, Tiara Andini Muncul Dengan Album Sulung Berjudul Tiara Andini

Amsyar Lee | 21

Ganti Noraniza Idris di SFMM36, Amsyar Lee