in ,

Herbal Tea, Sympathy for Lady Vengeance, One Stone Two Birds, Almost Love

SLOT FILEM POPULAR CINA YANG DI TUNGGU
Di Penuhi Dengan Bintang-Bintang Popular Hong Kong dan Korea Pada Bulan Mac Ini

Tiada lagi sebab untuk anda berehat dalam keadaan bosan dirumah pada setiap malam sabtu kerana, 8TV membawakan anda cerita-cerita hebat dari Hong Kong dan Korea terus ke kaca tv anda!  Bermula Mac 2008, barisan filem romantik komedi dan aksi dari Hong Kong dan Korea akan mula ditayangkan.

Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim kata:

“Penonton-penonton pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan filem-filem yang ditayangkan kerana kesemua filem tersebut pertama kali dipertontonkan dan kesemuanya merupakan filem-filem yang menarik.  Jadi saya mencadangkan agar penonton semua bersedia di hadapan kaca tv bersama dengan snek dan minuman ringan!”

Herbal Tea
Tarikh Siaran: 1 Mac 2008
9:30pm – 11.30pm

Diarahkan oleh Herman Yau, Herbal Tea merupakan sebuah filem romantik komedi yang menampilkan lakonan Jordan Chan, Candy Lo, Patrick Tang, Gloria Lee, Hui Sui Hung dan ramai lagi.  Ia mengisahkan mengenai seorang wanita muda bernama Mei-Chu (Candy Lo) anak seorang pengusaha teh herba. 

Mei-Chu telah menjadi anak yatim pada umur 12 tahun, membuatkan beliau terpaksa hidup bersendirian, berdikari yang hanya ditemani oleh Pak Cik Choi yang bekerja sebagai pencuci pinggan. 

Personalitinya yang agak kasar menjadinya lebih gemar bergaul bersama budak-budak lelaki di kawasan kejiranannya.  Beliau juga sering membantu menyelesaikan masalah jiran-jirannya.  Sebagai seorang yang perwatakan kasar dan penuh dengan aktiviti harian membuatkan Mei-Chu tidak pernah berkeinginan untuk menjalinkan sebarang hubungan. 

Tetapi semua itu mula berubah apabila dia mengambil keputusan  untuk menyewakan rumahnya kepada seorang lelaki bernama Dan (Jordan Chan).  Perasaan Mei Chu mula berputik untuk Dan yang bercita-cita menjadi pelakon terkenal tetapi malangnya berakhir menjadi pelakon tambahan sahaja.  Keadaan Dan menjadi bertambah buruk apabila beliau ditinggalkan teman wanitanya.  Walaupun Mei-Chu menyukai Dan tetapi dia tetap memberi sokongan kepada Dan untuk kembali mendapatkan Linda semula.

Tayangan perdana Herbal Tea akan ditayangkan pada 1 Mac 2008 pada jam 9.30 malam.  8TV juga boleh ditonton secara alternatif disaluran 708 di Astro. 

Sympathy for Lady Vengeance
Tarikh Siaran: 15 Mac 2008
9:30pm – 11.30pm

Jika anda peminat filem berunsurkan drama dan misteri, Sympathy for Lady Vengeance merupakan sebuah filem yang patut ditonton.  Filem Korea yang diterbitkan pada 2005 dan diarahkan oleh Park-Chan Wook ini mengisahkan mengenai kisah sedih seorang ibu bernama Lee Geum Ja (Lee Youn Ae) yang ingin membalas dendam.  Beliau baru sahaja dibebaskan dari penjara atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki. Rancangan beliau seterusnya ialah untuk mencari dan berjumpa dengan anak perempuannya yang telah diambil menjadi anak angkat kepada satu pasangan Australia dan juga untuk membunuh seorang lelaki bernama Mr Baek (Choi Min Sik)  yang telah memerangkapnya sehingga terpenjara.  Melalui penyiasatan yang dijalankannya, akhirnya dia mendapat tahu  bahawa Mr Baek menutupi kegiatan jahatnya dengan menjadi seorang guru.  Baek bukan sahaja sepatutnya bertanggungjawab atas tuduhan membunuh budak lelaki tersebut tetapi juga telah membunuh ramai kanak-kanak lagi untuk tujuan pembikinan filem tidak bermoralnya.  Selepas mendapat berita pembebasan Lee Geum Ja,  Baek mengupah dua orang lelaki untuk membunuh Lee Geum Ja dan anak perempuannya.  Namun jejak Lee Geum Ja bukanlah mudah untuk dikesan.

Ditayangkan di 8TV, Sympathy for Lady Vengeance akan dipertontonkan pada 15 Mac 2008 pada jam 9.30 malam.  8TV juga boleh ditonton disaluran 708 menerusi Astro. 
 
One Stone Two Birds
Tarikh Siaran: 22 Mac 2008
9:30pm – 11:30pm

Jika anda meminati filem komedi, One Stone Two Birds merupakan sebuah filem yang mesti anda tonton.  Diarahkan oleh Zhu Yan Ping, filem komedi ini menampilkan lakonan Jacky Wu, Ng Man Tat, Ruby Lin, Eric Tsang dan ramai lagi.  Filem ini mengisahkan mengenai ketua stesen televisyen bernama Yangchuan Wang yang mempunyai sebuah stesen TV bernama Golden Sand yang berada di tangga terbawah servis di daerah Qui Chou.  Lokasinya yang agak terpencil dan jauh menyebabkan perniagaannya agak menurun.  Tapi nasib agak menyebelahi apabila dia berkawan dengan pengembara dari gunung yang membantunya menyelamatkan seorang Inspektor berpangkat tinggi bernama InLong Chang.  Pada masa yang sama, Perdana Menteri dinasti Ming, Sung Yan sebenarnya  merancangkan sesuatu untuk menutup segala kesalahan dari dibongkar dari pengetahuan Inpektor InLong.  Beliau cuba membuat percaturan dengan menangkap InLong atas kesalahan yang dirancang.  Anak perempuan InLong, Shinshin Chang telah meminta pertolongan dari Yangchuan Wang dan mereka mula bersama-sama menyelamatkan InLong.  Penonton pastinya akan menjangkakan Yanchuan Wang akan jatuh cinta pada Shinshin tetapi dia digugat dengan kehadiran Yushu Lou yang diupah oleh perdana menteri, Sung Yan.

Ditayangkan di 8TV, One Stone Two Birds akan ditayangkan pada 22 Mac 2008 pada jam 9.30 hingga 11.30 malam.  8TV juga boleh ditonton disaluran 708 Astro.

Almost Love
Tarikh Siaran: 29 Mac 2008
9.30pm – 11.30pm

Almost Love merupakan sebuah filem romantik komedi yang akan menwarnakan hari sabtu anda.  Diarahkan oleh Lee Han, menampilkan pelakon Hong Kong popular seperti Kwon Sang Woo, Kim Ha Neu dan ramai lagi.  Ianya mengisahkan mengenai dua sahabat baik yang berlainan jantina Ji Hwan (Kwon Sang Woo) dan Dal Rae (Kim Ha Neul) yang membesar di kawasan kejiranan yang sama. Kwon Sang yang asalnya merupakan seorang pelajar Taekwondo akhirnya bertukar kerjaya menjadi seorang pelagak aksi.  Beliau begitu berharap agar dapat mengikut jejak langkah hero kegemarannya Jackie Chan. Manakala Dal Rae pula merupakan pelajar jurusan drama yang  bercita-cita menjadi seorang pelakon terkenal.  Kedua-dua mereka mengejar impian dan meneruskan karier serta mempunyai pasangan masing-masing.  Namun  dipengakhiran cerita, mereka menyedari bahawa mereka sebenarnya ditakdirkan bersama. 

Ditayangkan di 8TV, Almost Love akan disiarkan pada 29 Mac 2008 pada jam 9.30 malam.  8TV boleh ditonton melalui saluran 708 Astro.

[tags]almost love, one stone two birds, konsert amal kasih jamal saleem, park chon, Sympathy for Lady Vengeance, herbal tea, tips healthy[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Teater Muzikal Patung Kertas @ MTC

Ayu Akademi Fantasia 6 Calon Akhir