in ,

8TV Taja RM1 Juta Kepada 15 orang Pelajar SEGi University College

Tabung Biasiswa 8TV
8TV dengan kerjasama SEGi menawarkan RM1, 000 000 untuk tahun ke-4!
  

8TV sekali lagi bekerjasama dengan SEGi University College meneruskan program 8TV ‘Scholarship Fund’. Tahun ini merupakan tahun yang keempat 8TV menyampaikan biasiswa kepada pelajar-pelajar yang terpilih untuk program ini.

Seramai 15 orang pelajar telah dipilih untuk menerima biasiswa dari 8TV yang berjumlah RM1, 000, 000.

‘8TV Scholarship Fund’ merupakan salah satu cara untuk membantu pelajar-pelajar di Malaysia meringankan beban kos pembelajaran dalam bidang diploma, ijazah, matrikulasi dan bidang-bidang yang berkenaan.

8TV bersama SEGi telah memperkenalkan ‘8TV Scholarship Fund’ sejak tahun 2006 dengan jumlah biasiswa sebanyak RM 300,000 yang telah diberikan kepada 9 orang pelajar yang sedang mengikuti pembelajaran dalam peringkat diploma dan ijazah.

Tahun 2007 pula 8TV telah meningkatkan jumlah biasiswa dari RM300, 000 kepada RM800, 000 yang telah diberikan kepada 21 orang pelajar. Tahun lepas pula seramai 37 pelajar telah terpilih untuk program biasiswa ini dengan jumlah biasiswa sebanyak RM1, 000, 000.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif 8TV Encik Ahmad Izham Omar,”8TV cukup berbesar hati dan berbangga dapat memberikan biasiswa ini kepada pelajar-pelajar. Semoga biasiswa ini dapat membantu dan menjadi pemangkin untuk mereka berusaha lebih keras untuk berjaya dalam pelajaran.”

“Setiap tahun ramai pelajar yang mencari peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Semangat yang ditunjukkan oleh mereka cukup luar biasa dan tiada sebab untuk kami tidak mahu menyambung program biasiswa ini. Pelajar-pelajar ini dipilih berdasarkan pencapaian mereka dalam bidang akademik dan kurikulum. Kami turut berbesar hati dan teruja dapat bekerja dengan SEGi yang telah bersama-sama terlibat dalam projek ini sejak tiga tahun lepas. SEGi telah memberikan komitmen dan kerjasama yang cukup tinggi dalam menjayakan program biasiwa ini,” tambah Izham lagi.

‘8TV Scholarship Fund’ akan membantu pelajar-pelajar membayar yuran pengajian mereka dalam bidang Perakaunan, Psikologi, Kejuteraan Mekanikal, Kejuteraan Sivil, Pengurusan Perniagaan, Pengurusan Teknologi Maklumat, Pengajian Komunikasi dan Media, Pereka Grafik dan Pereka Hiasan Dalaman.

Biasiswa ini telah diberikan kepada pelajar-pelajar dari kampus SEGi di Subang Jaya dan Kota Damansara.

8TV dan SEGi bersama-sama menilai dan memilih pelajar-pelajar yang layak untuk menerima biasiswa ini. Pelajar-pelajar ini kemudiannya akan dipanggil untuk menghadiri beberapa sesi temuduga. 

Berikut merupakan senarai penerima biasiswa ‘8TV Scholarship Fund’:

1
Ong Hui Chen
American Degree Program – BSc in Psychology

2
Joseph Ng Zhen Ye
American Degree Program – BSc in Management

3
Yoon Siew Phing
BA (Hons) Business & Management

4
Rashim Saini a/p Shamser Singh
BA (Hons) Business & Management

5
Heng Kuok Hoong
Diploma in Civil Engineering

6
Leon Pek Shih Shen
Diploma in Mechanical Engineering

7
Lee Wan Lin
Diploma in Construction Management

8
Chan Kin Mun
Diploma in Information Technology

9
Darsyne d/o Selva Kumar
Diploma in Mass Communication

10
Norfarhanis bt Mohd Fadzil
Diploma in Interior Design

11
Chan Wai Yi
Diploma in Interior Design

12
Florence Choo Jia Xin
Diploma in Marketing

13
Tan Xiang Wei
Diploma in Graphic Design

14
Evaatsanee d/o Nai Prased
Diploma in Mass Communication

15
How Teng Ni
Diploma in Accountancy

SEGi Group of Colleges since 1977 have provided recognised education which have earned them a mark of quality in the private education industry. As one of the leading private higher education and training providers in Malaysia, the Group has in total produced 350 First Class Honours graduates of universities worldwide.  

SEGi currently serves over 16,000 students through its 5 major campuses located in the Kota Damansara, Kuala Lumpur, Subang Jaya, Penang and Kuching, Sarawak. The group offers academic, professional and skills training, as well as job placement consultancy.

SEGi offers a wide range of recognised 3+0 degree, diploma and professional certification programmes in the areas of business and accountancy, engineering and information technology, creative arts and design, education and social sciences, nursing, and hotel management and tourism. American Degree Program is also offered through the SEGi School of Graduate Studies.

One of SEGi’s advantages is its consortium of global partners such as the University of Sheffield, University of Abertay Dundee, University of Greenwich, University of Sunderland, University of Southern Queensland, Upper Iowa University and University Airlangga. The Group has also formed strong partnerships with professional certification bodies of ACCA, CIMA, ICSA and LCCI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009

Gambar Peserta Mentor di Konsert Mentor Kumpulan A