in , ,

3.5 Juta Tonton FFM30, Ahmad Idham Ucap Terima Kasih

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri melalui satu kenyataan media, mendedahkan siaran langsung malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) lalu berjaya mencatat jumlah penontonan tertinggi keseluruhan sebanyak 3.5 juta selain sohor kini nombor satu di laman twitter melalui tanda pagar #FFM30.

“Saya mewakili FINAS sebagai penganjur FFM30 dengan kerjasama Persatuan-Persatuan Perfileman Malaysia dan disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak dan khalayak yang telah menyokong penganjuran FFM30 pada tahun ini,”

– Ahmad Idham

Dalam kenyataan media sama, beliau turut memberi penjelasan ringkas susulan isu yang berlaku ketika penganjuran FFM30 pada 30 Mac lalu.

“Bagaimana pun, merujuk kepada sesi ‘post-mortem’ FFM30 yang diadakan di antara FINAS bersama penyiar rasminya, ASTRO diketuai Namanzee Harris, Ketua Kandungan Produksi ASTRO di FINAS Petaling Jaya semalam, penjelasan berkaitan beberapa isu-isu berbangkit yang berlaku di malam anugerah telah dikenalpasti,”

– Ahmad Idham

Beliau mendakwa, ia susulan perancangan pihak produksi ASTRO tidak berlaku seperti yang sepatutnya dan oleh itu semua pihak bersetuju akan lebih berhati-hati di masa hadapan.

Menurut beliau lagi, FINAS telah mengambil langkah proaktif dengan merangka cadangan pengisian program-program yang lebih efektif untuk penganjuran FFM31 depan.

Ia termasuk mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi pada edisi kali ini.

“Namun begitu, di masa hadapan, FINAS mengharapkan agar setiap pihak yang terlibat di malam anugerah untuk menghormati tugasan yang telah diberikan berdasarkan kontrak yang telah ditandatangani termasuklah menghadiri raptai bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi,”

– Ahmad Idham

Sumber: Tonton Extra

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Hans Isaac Berehat dari Dunia Lakonan Fokus Tugas Sebagai Pengerusi FINAS

Avengers Assemble at KUL To Kick-Off The Marvel SUPER HEROES HAVE LANDED Campaign