in , , , , , ,

Sinopsis Drama CINTA MAYA Lakonan Yana Shamsudin & Afiq Muiz

Cerita tentang reunionatau pertemuan semula dengan rakan-rakan sekolah atau kolej yang membibitkan kembali benih cinta lama bukanlah asing lagi dalam kalangan masyarakat kita.

Situasi ini adakalanya hingga menakutkan pula pasangan bila suami atau isteri berkata mahu menghadiri majlis seperti ini. Begitu pun adakah salah tersebut disandarkan kepada reunion itu semata? Tidak. Sekiranya seseorang cintakan pasangan sepenuh hati, dia tidak akan berpaling hanya kerana pertemuan sejenak dengan kekasih lama.Semuanya terletak pada kesetiaan dan hati masing-masing. Reunion hanya faktor pencetus, sama seperti media sosial yang turut banyak menyebabkan keretakan rumah tangga.

babak dalam Cinta Maya

Pertemuan Semula Yang Menyakitkan Dalam CINTA MAYA Lakonan Yana Shamsudin dan Afiq Muiz Di TV1 

Menampilkan pelakon Yana Samsudin, Afiq Muiz, Beego, Wan Nor Azlin, Nazeera Sardi dan Zarina Zainudin, kisah ini dijadikan penggerak cerita drama bersiri “Cinta Maya”menemui penonton bermula 14 September ini, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 7.00 malammengisi slot Widuri di TV1.

13 episod karya pengarah Kyoll Hamzah ini mengetengahkan latar kisah pasangan suami isteri iaitu Shamsul, seorang arkitek dan isterinya, Hashimah yang bertugas sebagai doktor mendirikan rumah tangga selama 10 tahun. Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Adreena berusia 8 tahun.

Shamsul seorang yang suka berjenaka, ‘happy go lucky’dan mudah disenangi sesiapa saja. Berbeza dengan isterinya, Hashimah seorang yang berperwatakan lembut, penyayang dan penyabar. Rumahtangga pasangan ini amat bahagia.

Bagaimanapun, semuanya mula berubah apabila Shamsul menyertai kumpulan WhatsApp rakan sekelasnya semasa di sekolah menengah. Turut berada dalam kumpulan itu ialah bekas kekasihnya, Wan Alina. Mereka sebenarnya sama-sama melangkah ke universiti sehinggalah akhirnya berpisah pada tahun terakhir di sana.

Wan Alina seorang usahawan yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan berkaitan dengan rawatan dan produk kecantikan. Perniagaannya yang semakin maju secara tidak langsung menimbulkan masalah dengan suaminya, Zainudin yang bekerja sebagai jurutera kilang elektronik. Semakin hari mereka kian renggang sehingga tiba kepada proses untuk bercerai.

Sejak bertemu semula hubungan mereka kembali berputik. Wan Alina menceritakan masalah rumahtangganya kepada Shamsul lalu menimbulkan simpati bekas kekasihnya itu. Apatahlagi Zainudin mula mengabaikan isterinya.

Dalam diam Wan Alina dicemburui dan difitnah oleh Puan Sri Haliza dan Amran Shah (Am) juga jurugambarnya, Zahari. Di hadapan Wan Alina mereka berpura-pura baik hingga wanita itu benar-benar mempercayai mereka.

Masa berlalu cerita itu sampai juga ke pengetahuan Hashimah. Dia mengambil keputusan membawa anak mereka keluar dari rumah bagi memberi laluan kepada Shamsul memikirkan masa depan mereka. Dia pasrah sekiranya Shamsul memutuskan untuk memilih Wan Alina.

Sebaliknya bagi Zainudin yang akhirnya sedar fitnah yang taburkan bagi memusnahkan hubungannya dengan Wan Alina. Dia mula berubah mencintai isterinya itu.

Adakah hubungan mereka mampu diselamatkan? Bagaimana pula dengan Shamsul? Adakah dia mampu membuat keputusan yang terbaik untuk keluarganya?  

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey VENOM

Merdekakah Jiwa Dan Minda Kita?