in ,

Ini Dia Senarai 14 Pelajar Akademi Fantasia 2016

Selepas menobatkan jejaka kelahiran Singapura, Sufi Rashid sebagai juara program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 sekaligus mengetepikan tiga finalis lain iaitu Syamel, Bila serta Sharul pada musim lalu, kini pihak Astro Ria dan produksi AF sudahpun bersedia untuk membuka lembaran baru menerusi pengumuman rasmi mengenai barisan empat belas orang pelajar terpilih serta pengacara yang bakal terlibat dengan program AF2016 seperti yang diumumkan secara rasmi di majlis sidang akhbar pada petang semalam.

Akademi Fantasia 2016

Astro Ria Umum Secara Rasmi Barisan 14 Pelajar AF2016

Buat pertama kali dalam sejarah penerbitan AF, pihak produksi Astro bakal membuat kejutan yang mana juara pertandingan JoHaRockStar anjuran radio rasmi AF2016 iaitu ERA fm akan diserap masuk ke dalam program AF2016 bagi menyertai pelajar-pelajar lain. Pihak produksi akan mengumumkan keputusan rasmi tentang pelajar yang bakal diserap masuk ini sewaktu konsert mingguan AF2016 yang ketiga kelak.

Juara pertandingan JoHaRockStar anjuran ERA fm juga bakal diserap masuk menyertai pelajar musim terbaharu.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata,

“Sudahpun memasuki musim yang ketiga belas, kami percaya para penonton terutamanya pengikut setia program AF sudahpun lali dengan pelbagai drama dan kejutan menggemparkan yang dibawa masuk bagi merancakkan lagi mutu dan perjalanan untuk setiap musim yang diterbitkan.

Untuk musim ini, buat pertama kalinya kami akan menyerap masuk pelajar yang bakal bergelar juara pertandingan nyanyian JoHaRockStar sebagai kelainan untuk memberi cabaran bagi memastikan setiap pelajar fokus kepada pembelajaran mereka dan berjuang sehabis boleh demi memastikan kedudukan mereka di akademi terjamin.”

Akademi Fantasia 2016

Empat belas orang pelajar AF2016 telah dikenal pasti menerusi sesi saringan pemilihan yang teliti adalah terdiri daripada tujuh orang pelajar lelaki iaitu AMAL; [Mohamad Ammal Shafiq Osman, 21, Pulau Pinang]; AMIR; [Amir Syazwan Masdi, 20, Selangor], IKRAM; [Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Kuala Lumpur], ZAROL; [Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Johor], RAIS; [Azarul Rais Mansor, 22, Selangor], HALMY; [Halmy Hamizan, 23, Kuala Lumpur] dan ISA; [Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23, Selangor].

Manakala tujuh orang lagi ialah pelajar perempuan iaitu AFI; [Nur Hafizah Longkip @ Thomas, 23, Sabah], ARA; [Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Negeri Sembilan], RAHILA; [Nurul Rahila Rashun, 20, Singapura], RIANA; [Isyariana Che Azmi, 26, Pahang], JASPER; [Jasper James Supayah, 23, Johor], ASHA; [Siti Aishah Abdul Razak, 20, Melaka] dan RESHMA; [Kareshma Martin John Patrick, 18, Selangor].

Akademi Fantasia 2016

Raqim turut menambah, “Saban tahun pihak Astro sentiasa berasa teruja dan tidak sabar lagi untuk membuka jendela Akademi Fantasia setiap kali bermulanya musim yang baharu walaupun program ini sudahpun bersiaran lebih sedekad lamanya. Pelbagai perancangan yang teliti telahpun dirangka untuk menerbitkan sebuah lagi musim yang terbaik sekaligus memastikan kegemilangan pentas AF selaku perintis program realiti yang telah menjulang nama bintang-bintang besar seperti Hafiz, Stacy, Akim, Adira, Hazama, Mawi serta ramai lagi dapat dikekalkan.

Berdasarkan sesi uji bakat yang dijalankan tempoh hari, kami menerima banyak penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat yang cukup berbakat dan ini merupakan cabaran kepada pihak produksi Astro sendiri untuk menyenarai pendek barisan peserta yang benar-benar berpotensi dan menonjol untuk diserap masuk bagi menyertai musim ini.

Selain berkebolehan untuk menyanyi dengan baik, kesemua mereka juga memiliki pakej dan karisma yang cukup unik untuk diketengahkan. Kami percaya mereka juga sudah tidak sabar lagi untuk memperlihatkan bakat sedia ada yang mereka miliki.”

Rangkaian program AF2016 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). Rutin seharian para pelajar menjalani kehidupan di akademi dapat ditonton melalui liputan harian Diari AF2016 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 malam bermula pada 15 Ogos 2016. Manakala Konsert Mingguan AF2016 pula akan bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 21 Ogos 2015.

Akademi Fantasia 2016

Kesemua empat belas orang pelajar akan membuat persembahan secara langsung buat julung kalinya di khalayak ramai. 100% keputusan dan kuasa penjurian adalah berdasarkan pemilihan oleh Pengetua dan Barisan Juri Tetap AF2016. Manakala jumlah sebenar pelajar yang bakal meneruskan perjuangan dalam AF2016 hanya akan terjawab pada malam konsert pertama itu nanti.

Selain itu, AF2016 juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengacara Konsert Mingguan. Manakala pengacara program hlive! iaitu Dahlia Shazwan, Hazeman Huzir dan CK Faizal pula dilantik sebagai Pengacara Diari dan akan mengendalikan program ini secara bergilir-gilir.

“Saya mewakili pihak Astro ingin mengucapkan selamat kembali kepada Zizan Razak yang sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengemudikan pentas AF selaku pengacara konsert. Bagi merancakkan lagi penerbitan musim ini, AF2016 bakal membuat kejutan yang mana pasangan pengacara yang bakal menemani Zizan untuk konsert mingguan hanya akan diumumkan sewaktu konsert di minggu yang pertama kelak. Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran pengacara hlive! Iaitu Dahlia, Hazeman dan CK Faizal buat pertama kali ke dalam keluarga AF2016 untuk memeriahkan musim ini selaku pengacara diari.

Kesemua mereka yang akan terlibat dalam menjayakan AF2016 telahpun diberikan tugas serta pengkhususan tersendiri yang meliputi setiap aspek bagi memastikan penerbitan musim ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Persetujuan dan komitmen mereka untuk sama-sama menyumbang kepada kejayaan AF2016 amat dihargai dan saya pasti musim ini akan lebih meriah dengan kehadiran mereka, ” jelas Raqim lagi.

Akademi Fantasia 2016

Untuk musim ini, buat pertama kalinya AF2016 akan memperkenalkan format permarkahan yang diadili berdasarkan sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI dan undian penonton menerusi laman web rasmi di www.af.com.my. Talian untuk menghantarkan undian akan mula dibuka sejurus tamat Konsert AF2016 di minggu yang pertama, iaitu pada 21 Ogos 2016 jam 11.30 malam. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Juara AF2016 bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai RM20,000 dan trofi. Manakala pemenang tempat ketiga, keempat dan kelima pula masing-masing akan memenangi wang tunai RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi dan hadiah sampingan.
Selain itu, AF2016 juga sangat berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan D’Herbs selaku Penaja Platinum dengan kerjasama Vitagen dan 11street sebagai Penaja Bersama. Radio ERA fm dan Aplikasi Raku dan juga turut menghulurkan sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan musim ini selaku Radio Rasmi dan Radio Digital Rasmi serta Astro Gempak selaku Portal Rasmi.

Untuk maklumat lanjut mengenai AF2016, sila layari www.af.com.my atau ikuti akaun rasmi media sosial kami di Instagram (AkademiFantasia), Facebook (AkademiFantasia) dan Twitter (@AkademiFantasia). Informasi terkini dan eksklusif mengenai AF 2016, diari dan aktiviti harian pelajar, video eksklusif serta banyak lagi boleh didapati melalui laman web rasmi ini.

Akademi Fantasia 2016

Akademi Fantasia 2016

MENGENAI D’HERBS
Bermula dengan hanya menyewa di tingkat dua lot kedai pada September 2010, kami kemudiannya berpindah ke tingkat bawah dan menyewa lagi dua unit lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan. Kami mengukuhkan lagi operasi dengan merasmikan pembukaan Wisma D’Herbs di Kota Damansara. Kini D’Herbs berjaya menjadi jenama pilihan hati kebanyakkan pengguna di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Dahulu hanya dengan seorang pekerja sahaja dan berbekalkan empat produk utama iaitu bedak asas, produk pelangsingan badan, minuman kesihatan wanita serta gincu rawatan bibir. Sekarang D’Herbs telah mengorak langkah setapak ke hadapan melalui penghasilan hampir 180 jenis rangkaian produk baharu. D’Herbs juga akan memperkenalkan dua produk baharu iaitu Fantasia Fibre dan Fantasi Skincare khas untuk program Akademi Fantasia.

MENGENAI VITAGEN
VITAGEN, minuman susu kultur pertama dan No. 1 di Malaysia, ialah jenama dikenali yang telah berkembang seiringan dengan generasi Malaysia. Ia telah menjadi sebahagian penting daripada kehidupan seharian kita selama hampir 40 tahun.
Padat dengan kebaikan yang lazat dan penuh berkhasiat, setiap botol VITAGEN dipadatkan dengan berbillion bakteria baik dan dirumus dengan kuasa dua strain kultur hidup dan aktif untuk kesihatan penghadaman yang optimal. Sehingga hari ini, botol ikonik ini terus menjadi simbol kepercayaan dalam penjagaan kesihatan sistem penghadaman yang lebih baik.
Sebagai usaha untuk mendidik rakyat Malaysia tentang kesihatan sistem penghadaman yang baik, VITAGEN telah melancarkan Kempen Kesedaran Sistem Penghadaman Sihat dengan kerjasama bersama Digestive Health Malaysia Society (DHM) dan Nutrition Society of Malaysia (NSM). Kempen ini bertujuan untuk menyokong kepentingan kesihatan usus yang baik dan kepentingannya kepada kesejahteraan secara keseluruhan, dengan menekankan 5 tanda kesihatan usus yang baik dan 5 langkah mudah untuk mencapainya.
Memahami bahawa rakyat Malaysia mempunyai keperluan yang berbeza, VITAGEN telah menerapkan falsafah mereka untuk menghasilkan produk bagi gaya hidup yang lebih sihat.

MENGENAI 11street (www.11street.my)
11street merupakan pasaran dalam talian yang mudah dan boleh dipercayai. Ia menawarkan pelbagai jenis produk pada harga yang kompetitif. Portal ini cuba untuk merevolusikan pengalaman membeli-belah dalam talian di kalangan pengguna pada hari ini dengan menjadikannya lebih personal dan terhubung. 11street menawarkan pilihan kategori produk yang luas merangkumi Fesyen, Elektronik, Barang-barang Runcit, Kesihatan dan Kecantikan, Kanak-kanak & Bayi, Santai & Sukan, Rumah & Kediaman, Buku & Perkhidmatan serta e-baucar. 11street juga mengoptimumkan pasaran kerana ekosistem perdagangan, pendidikan dan program latihannya mampu menyokong para peniaga tanpa mengira saiz perniagaan mereka.
Ditubuhkan di Korea Selatan pada tahun 2008, 11Street kini merupakan salah satu pasaran e-dagang terkemuka global dengan 400,000 peniaga melayani kehendak lebih 30 juta pengguna di seluruh dunia. 11street juga ada di Turki dan Indonesia, dikenali sebagai n11 dan elevenia. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.11street.my

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fakta Yang Korang Perlu Tahu Tentang HP DesignJet T830 MFP

Peraduan Premiere With Budiey – Filem SADAKO VS KAYAKO